Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 19, 2014

Along Garang!!!

Sebagai anak sulung pengganti abang 'Ukasyah, Uwais memang along yang boleh diharap. Walaupun along kecil, tapi tokoh sebagai along terserlah berkat didikan ummi dan ayah. Hehe. Ulya dan Usamah semua hormat along sebagai 'The leader' dalam adik-beradik. Buktinya bila Ulya Haniyya dah tak mampu dinasihatkan oleh ummi ayah, along mengambil tugas sebagai penasihat besar.

Ummi: Along, tengok Haniyya. Dia tak dengar cakap ummi.

Uwais: Aaiip. Biasa dia. Haniyya!!!

Bila Haniyya dengar je along marah, dia terus tekejut dan berlari pada ummi atau ayah. Takut anak dara ni pada along Uwais dia. Sampai Usamah pun terkejut dengar suara along. Suara along yang memang paling kuat dan nyaring antara semua.


Anak sulung sebagai pemimpin adik-adik.

Betul. Itulah perkara yang ummi ayah sepakat dalam mendidik anak-anak. Kenapa penting along jadi ketua adik-adik ni?

Pertama, semasa kecil selalunya adik-adik akan ikut perangai abang sulungnya. Kalau baik perbuatan abangnya, maka baiklah yang diikut adik. Kalau buruk perangai along, maka yang buruklah yang diikut adik-adiknya. Kerana along adalah contoh terdekat yang boleh ditiru adik-adik. Contohnya, Uwais kalau hendak main basikal, mesti Haniyya akan ikut bermain basikal dengan abangnya. Dan kalau Uwais hendak main tabur bedak, mesti Haniyya akan ikut juga. Dan kedua-duanya nanti akan dimarahi ummi. Haha.

Keduanya, apabila sudah besar nanti, mereka akan selalu menghabiskan masa bersama. Di sekolah, di rumah, dan di mana sahaja sebab umur yang hampir sebaya. Walaupun jantina yang berbeza tetapi banyak perkara yang akan mereka kongsikan bersama tanpa pengetahuan ummi ayah. Jadi dengan along sebagai tokoh adik-adik, nasihat, pendapat dan cadangan along akan mudah mendapat tempat di hati adik-adik. Dan semestinya along harus mendapatkan nasihat dari ummi ayah supaya tiada ajaran sesat nanti! Alonglah yang menjadi utusan ummi ayah pada masa ini.

InsyaAllah anak-anak ummi ayah, anak yang soleh dan musleh. Semoga coretan ini menjadi pedoman buatmu anakku yang tersayang. amin.

3 comments:

  1. Jazakallah ayah atas nukilan yg sgt bermakna...selamat kembali menulis di blog anak2 kita.. Meriahkn kembali buatmuanakku..i love you..

    ReplyDelete
  2. Teruskan coretan kalian di sini sebagai sumber inspirasiku dan silent blogger yang lain, atau mungkin buat mereka yang tiada instagram dan sentiasa menanti update terbaru kalian.
    أحبكم في الله

    ReplyDelete
  3. Bagusnya abg ukasyah, teruskan menulis kisah anak2 ye.. Seronok membacanya.

    ReplyDelete