Alhamdulillah, kami sekeluarga selamat tiba di Malaysia pada pukul 5.30 pagi, 4 April. Sepanjang 4 jam berada dalam flight, Uwais tak mahu dipangku Ayah. Uwais nak Ummi juga yang pangku dia. Walaupun Ummi tak larat, tapi Ummi gagahkan juga sebab Ummi rasa badan Uwais sudah mula nak demam. Bila nak demam, dia asyik nak menyusu je dengan Ummi. Sakit badan Ummi dibuatnya, dengan perut Ummi yang semakin memboyot dan keadaan cuaca yang kurang baik sepanjang berada di atas. Banyak betul air pocket.
Sekarang ini Uwais masih lagi demam, ada sore throat sekali. Bila demam, asyik nak berdukung, melekat 24 jam dengan Ummi. Tapi bila Ayah ada, Ummi rehatlah sikit sebab dia nak Ayah je.
Ummi doakan agar Uwais cepat sembuh ye. Allah nak bagi pahala pada Uwais dengan ujian kesakitan. Uwais kena banyak sabar. Ayah dah assign Ummi jadi staff nurse peribadi Uwais ni. Sayang Uwais.
Dari Blog Ke Telegram
3 years ago