Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

October 2, 2009

Fasa Baru dalam Kehidupan…








Assalamualaikum

Sudah lama rasanya Mawaddah dan Hafiz tidak `update` blog kami…Kami begitu sibuk dengan `Ukasyah yang sudah berumur sebulan…Alhamdulillah, `Ukasyah tidak banyak meragam, cuma Mawaddah dan Hafiz masih dalam proses untuk menbiasakan diri dengan rutin harian yang baru…Formula menjaga `Ukasyah sangat mudah, pampers bersih dan perut kenyang sahaja…

Rutin kami sudah sangat berbeza berbanding dengan kehidupan kami sewaktu `Ukasyah masih belum lahir lagi…Jikalau sebelum ini kerja rumah boleh ditangguh, tapi kini tidak lagi…Baju `Ukasyah perlu dibasuh setiap hari, beg nursery `Ukasyah harus disiapkan sebelum tidur dan pengorbanan terbesar yang perlu dilakukan adalah untuk menyusukan `Ukasyah…Dengan nota ditangan yang perlu dibaca untuk `running assessment` yang 20% tu, dan `Ukasyah dipangkuan…Semalam, tidak dapat Mawaddah hendak menghadap assignment yang hendak dihantar pada hari ini kerana `Ukasyah tidak mahu berenggang…Terpaksa mencuri masa-masa pabila `Ukasyah berada di nursery untuk menyelesaikan segala kerja yang perlu diselesaikan..Alhamdulillah, akhirnya siap juga assignment pada waktunya dengan bantuan abang…Setakat ini, kami masih tidak berkesempatan memasak di rumah dek kerana tuntutan perhatian dari `Ukasyah…Permata hati kami ini, sudah pandai bermanja dengan ummi ayahnya...Mahu bersembang jika terjaga dari tidur…Kalau dengan Mawaddah lagilah, tidak mahu berenggang…Erm, takpelah `Ukasyah, ummi tak kisah asalkan anak ummi tak menangis je…hehe… Kini, tiada lagi istilah tidur dalam kehidupan kami berdua…Tapi abang kata,tak pula mengantuk di kelas…Alhamdulillah, risau juga jikalau pelajaran terabai…

`Ukasyah bukan bebanan buat Mawaddah dan abang, cuma kami berdua masih merangkak untuk menyesuaikan diri menjaga dan mentarbiyyah `Ukasyah. Kami sebagai pelajar yang sudah berkahwin dan mempunyai amanah yang hendak dijaga perlu kuat dan tabah membesarkan `Ukasyah…Walaupun pada mulanya agak kekok dek kerana sewaktu dalam pantang, ummi Mawaddah dan keluarga sangat banyak membantu menjaga `Ukasyah…Alhamdulillah, kini kami semakin memahami `Ukasyah…Selalu kami berdua menasihatinya supaya menjadi anak yang soleh…Walaupun kadang-kadang tu menitis juga air mata Mawaddah, tapi selalu juga Mawaddah mengingati nasihat daripada ummi Mawaddah yang tersayang bahawa Allah menguji kita kerana Allah tahu kemampuan kita menghadapinya…

Buat anak-anak di luar sana, kini baru Mawaddah faham dan rasai, bukan semudah di sangka untuk menjaga, membesar apatahlagi mentarbiyyah seorang anak….Kini, dengan status yang baru, baru Mawaddah faham mengapa ibu kita menitiskan air mata dek kerana sebab kita…Hormatilah, sayangilah dan hargailah ibu bapa kita…Fahamilah, menjadi ibu dan bapa bukan semudah yang kita sangkakan…Ingatlah…

September 24, 2009

Nursery


Alhamdulillah, baru sebentar tadi ummi dan ayah dapat menyelesaikan tentang pengasuh `Ukasyah sepanjang ummi posting di CCU, HTAA selama seminggu…Bertuahnya kerana pemilik nursery tersebut sahabat kepada Opah dan Aki juga kepada kami, jadi mudah segala urusannya…Hanya dengan SMS dan satu panggilan sahaja, pengasuh tersebut sudah bersetuju untuk menjaga `Ukasyah…Bagi ummi, bayarannya amatlah murah…Ummi bertanyakan tentang waktu menghantar yang ditetapkan oleh nursery tersebut…Ummi dan ayah juga ada berbincang tentang barang-barang yang perlu dibawa nanti…Maklumlah, baru menjadi parent, masih merangkak belajar tentang `Ukasyah…Perlu ke memandikan `Ukasyah kerana kami mahu menghantar `Ukasyah seawal 7.15 pagi??? Memandangkan `Ukasyah breastfeed, kenalah ummi bekerja keras membuat stok untuk `Ukasyah ye…Erm banyak juga kerjanya ye…Tapi anak itu amanah Allah kan…Amanah yang perlu dijaga sebaik yang mungkin…Kalau tidak melaksanakannya, berdosa Ummi dan Ayah …Akan dipersoalkan di akhirat nanti…

`Ukasyah anak yang soleh lagi musleh…Ummi ayah berdoa agar `Ukasyah dapat menyesuaikan diri di nursery nanti ye…InsyaAllah, pengasuh `Ukasyah akan menyayangi `Ukasyah sepertimana Ummi ayah sayangkan `Ukasyah…Anak Ummi dan Ayah kena belajar berdikari…Kamu kan little mujahid…Jiwa perlu kuat dan kental ye seperti `Ukasyah Ibnu Muhsin….Amin…

September 23, 2009

`Eid Mubarak...

Ini keluarga Mawaddah. Di barisan hadapan, Abang, Mawaddah, `Ukasyah, Balqis dan Ali. Di barisan belakang pula Along, Abah, Ummi dan Baihaqi...Warna tema pada tahun ini adalah coklat...

`Ukasyah bergaya dengan rompers coklatnya...Ini adalah baju pertama yang ummi ayah belikan untuk `Ukasyah...

Hari Raya yang amat bermakna buat diriku kerana telah bergelar ummi kepada seorang little mujahid, `Ukasyah...

Abang yang banyak berkorban...Raya kali ini, kami telah bertiga, tapi bergambar berdua tidak dilupakan juga....Terima kasih abang...Inilah diriku yang masih dalam pantang...

Alhamdulillah, gembira beraya bersama `Ukasyah...Lihatlah diriku dan abang yang telah mengalami penyusutan berat badan...hehe...
Gambar kami bertiga juga...Banyak juga yang Mawaddah upload kan, tapi memandangkan ini raya pertama kami bersama `Ukasyah, maka Mawaddah ingin mengabadikan sebanyak mungkin gambar di blog ini...

Maaf, Mawaddah bukan jenis yang ikut pantang sangat...Sudah kebosanan tinggal di rumah sahaja sepanjang dalam pantang ini....Jadi saya berkeras juga mahu mengikut keluargaku ber`shopping` di SOGO...Walaupun ada makcik yang bertanya dan membebel sedikit tentang pentingnya menjaga pantang....Sudah biasa mendengar, malas hendak ambil hati...Pokoknya Mawaddah tahu kemampuan diri Mawaddah...Kalau manja sangat, camne hendak attend clinical posting next week dengan running assessment lagi....


`Ukasyah lena dalam kancil merahnya...Kami berdua pula excited menolak stroller `Ukasyah yang dibeli dengan duit kami sendiri...Mahal tau...Mawaddah dan abang pun tidak pernah belanja sebanyak itu untuk diri sendiri...Tapi, demi anak, kami sanggup...

`Ukasyah mahukan privacy sewaktu tidur di dalam stroller....Mawaddah tutup kesemuanya supaya `Ukasyah lena....

Habis sudah shopping kita buat hari ini ye...Yeah, `Ukasyah berasa sangat lega....



Di kesempatan ini, Mawaddah dan Hafiz ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua keluarga, rakan-rakan dan kenalan bloggers...Kami berdua mohon maaf jika ada kasar bahasa dan kesilapan yang mengguris hati kalian semua....Semoga Ramadhan yang telah berlalu membawa seribu satu makna buat semua...

September 20, 2009

Selamat Hari Raya Atuk, Nenek dan Makcik-makcik

Selamat Hari Raya atuk nenek

Ini baju baru `Ukasyah

`Ukasyah Ibn Mohd Hafiz

Hari ini `Ukasyah pakai baju raya yang ummi ayah belikan. Warna coklat sebab tema warna di Cheras warna coklat. Baju paling cantik yang `Ukasyah ada. `Ukasyah tak sabar-sabar nak jumpa atuk, nenek dengan makcik-makcik. Nanti atuk datanglah ke KL jumpa `Ukasyah dengan ummi ayah ye. Ummi dalam pantang lagi, baru baik demam. Tak dapat nak beraya kat Tampin. Sedih `Ukasyah kalau tak dapat jumpa atuk dengan nenek. Kalau makan rendang tu, janganlah lupa `Ukasyah. `Ukasyah sayang sangat atuk, nenek dengan makcik-makcik. Datang ye atuk. Kalau tak datang `Ukasyah merajuk nanti. Hehe.

September 16, 2009

Gambar Terkini `Ukasyah…

`Ukasyah selepas dicukurkan pada hari ke14...Pada mulanya kami ingin mencukur `Ukasyah pada hari ke-7, tetapi baby kami masih warded ketika itu...


Kepenatan seorang ayah menidurkan heronya yang masih mahu berjaga...


Jari ummi menjadi teman tidur `Ukasyah...


Assalamualaikum,

Mawaddah dan Hafiz ingin memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk meng`update` blog dan membalas komen-komen yang diberikan oleh rakan-rakan semua…Setelah `ukasyah keluar dari wad tempoh hari, Mawaddah pula yang demam…Orang tua-tua kata bentan barangkali…Bila appointment hari isnin baru-baru ini dengan Pakar O&G yang sambut kelahiran `ukasyah hari tu, rupa-rupanya dua geraham bongsu Mawaddah pula baru hendak tumbuh…Alhamdulillah, kini Mawaddah sudah beransur sembuh…Kami berdua dihambat waktu…Setiap saat amat bermakna…Tiada lagi istilah `relax lah dulu`…Bila sudah ada zuriat, masa perlu dimanfaatkan sebaik mungkin…Abang sampai cengkung jadinya dan rambut yang sudah panjang pun tidak sempat dipotong…Dalam tempoh 17 hari ini ada pelbagai `event` yang berlaku dalam hidup kami…Ingin sekali kami kongsikan untuk manfaat semua jika kami ada kelapangan nanti…Setakat ini, kami hanya mampu mengupload gambar-gambar `ukasyah yang terkini setelah bercukur…