Sekian lama Ummi tak drive kan. Lepas convo 2010, Ummi stop driving. Manja betul dengan Ayah kan. Lepas itu, Ummi pregnant, bersalin, pregnant, bersalin lagi lah malas kan.
Pages
▼
December 31, 2014
December 28, 2014
Kembali Menulis
Assalamualaikum, ku tak pasti masih adakah follower blog ini. Tapi yang pastinya, ramai yang memujuk diriku agar kembali menulis. InsyaAllah akan ku usahakan sebaik mungkin ya.
August 20, 2014
Rindu
February 19, 2014
Along Garang!!!
Sebagai anak sulung pengganti abang 'Ukasyah, Uwais memang along yang boleh diharap. Walaupun along kecil, tapi tokoh sebagai along terserlah berkat didikan ummi dan ayah. Hehe. Ulya dan Usamah semua hormat along sebagai 'The leader' dalam adik-beradik. Buktinya bila Ulya Haniyya dah tak mampu dinasihatkan oleh ummi ayah, along mengambil tugas sebagai penasihat besar.
Ummi: Along, tengok Haniyya. Dia tak dengar cakap ummi.
Uwais: Aaiip. Biasa dia. Haniyya!!!
Bila Haniyya dengar je along marah, dia terus tekejut dan berlari pada ummi atau ayah. Takut anak dara ni pada along Uwais dia. Sampai Usamah pun terkejut dengar suara along. Suara along yang memang paling kuat dan nyaring antara semua.

January 14, 2014
My Little Usamah @ 2 bulan
Alhamdulillah, Usamah dah 2 bulan. Orang ada abang kakak, memang cepat pandai macam-macam. Dah pandai bersembang. Kemain lagi dia. Kak Ya memang suka cium Usamah sampai seriau Ummi, takut Usamah terhimpap. Tapi Usamah lagi suka dengan Along Uwais, maybe sebab Along lelaki kot. Along la yang banyak bantu Ummi jaga Usamah, waktu Ummi solat, Ummi mandi, dan Ummi buat kerja. Usamah ni memang kurang ragamnya setakat ini, alhamdulillah. Dari Ummi mengandung dia, sampai dia lahir ni. Allah permudahkan sungguh. Nak lahirkan pun mudah sangat. Ohhh Ummi masih terhutang entri pengalaman bersalin ye. hehe. Di sini, Ummi sertakan gambar anakanda-anakanda kesayangan Ummi Ayah ye.
January 2, 2014
BUATMU ANAKKU sentiasa di hati..
Walau kini punya kurang masa untuk kembali menulis, namun, selalu sahaja Ummi menjenguk blog ini. Membaca kisah-kisah lama dan catatan perjalanan anak-anak Ummi terutamanya anakanda 'Ukasyah yang dirindui dan diingati selalu.
Ummi harap Ayah dapat bantu Ummi menulis di sini kembali. Hari itu sepertinya Ayah ada hasrat kembali menulis bersama Ummi. hehe.
Banyak yang ingin dicatatkan dan diceritakan.
Ummi harap Ayah dapat bantu Ummi menulis di sini kembali. Hari itu sepertinya Ayah ada hasrat kembali menulis bersama Ummi. hehe.
Banyak yang ingin dicatatkan dan diceritakan.