Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

September 3, 2015

4 Tips Didik Anak Pakai Tudung



Di sini kami nak share sedikit sebanyak tips untuk didik anak perempuan pakai tudung. Dipetik dari artikel dari Majalah al-Ustaz edisi 18, Telaga Biru.


1. Sikap malu.

Ini perkara yang paling penting. Anak-anak tidak kira lelaki ataupun perempuan perlu diterapkan sifat malu pada diri sejak dari usia kecil lagi. Pastinya perkara ini bermula dari sikap ibu bapa juga.
Kalau ibu bapa sendiri tidak mempunyai perasaan malu, bagaimana kita hendak mengajar anak-anak kita erti malu?


Perkara ini termasuklah penerapan sikap malu ketika mandi, keluar dari bilik air dan sebagainya. Pastikan anak-anak tidak berlengging tanpa tuala pada setiap masa sebagai contoh. Ibu bapa perlu bersikap tegas dalam hal ini bagi mendidik sikap malu pada diri anak.
Sikap sebegini pada anak memang perlu, agar anak-anak mendapat mesej yang jelas bahawa perbuatan tersebut memang tidak dapat diterima, dan seterusnya menjadi kebiasaan pada diri mereka untuk mempunyai sikap malu pada setiap ketika.

2. Bertahap-tahap.

Segala perkara perlulah dimulakan secara bertahap-tahap, tidak boleh sekaligus. Lihat sahaja perintah solat, wajibnya ketika baligh, tetapi dari usia 7 tahun sudah perlu dilatih, 10 tahun sudah boleh dipukul jika tidak bersolat. Begitu jugalah halnya dengan bertudung.
Timbul pula persoalan, usia berapa tahun perlu dimulakan untuk anak mula memakai tudung? Bagi saya dari usia 3-4 tahun sudah mula dilatih untuk bertudung. Tetapi bukanlah perlu bertudung terus sepanjang masa. Tidak mengapa, jika kita biarkan mereka tidak bertudung disebabkan mereka mungkin ‘rimas’ dan ‘panas’ selepas beberapa ketika.
Tidak mengapa juga jika pada kebanyakan ketika anak-anak kecil kita tidak bertudung, jika andai kata mereka ‘meragam’ jika dipakaikan tudung. Atau sesekali, kita ingin anak kita ber‘skirt’ atau berbaju ‘princess’ ala ‘cindrella’ contohnya. Tetapi pastikanlah anak kita itu berseluar panjang atau berstokin panjang di sebalik skirt dan gaun comel mereka. Itulah yang dilakukan oleh saya dan isteri terhadap anak sulung kami ketika dia masih kecil, malah itu adalah ‘WAJIB’ bagi kami untuknya. Ini penting agar anak-anak terdidik sejak sejak kecil untuk bersikap malu seperti yang saya sebutkan sebelum ini.

3. Pembudayaan.

Pastinya menutup aurat perlu kepada pembudayaan di dalam keluarga. Walaupun Islam mengajar solat perlu dilatih ketika usia 7 tahun, tetapi penerapan dan pembudayakan bermula sejak dari kecil lagi oleh ibu bapa. Maka terapkanlah pembudayaan dari kecil dengan pakaian yang bersesuaian, dan bukan pada galakan dengan pakaian yang bukan sahaja tidak menutup aurat tapi yang menjolok mata!
Saya pernah berkelah di tepi pantai bersama keluarga, dan melihat anak-anak kecil Melayu berusia 3-4 tahun berbikini, padahal ibunya bertudung! Apakah mesej dan nilai yang ingin diterapkan pada diri anak? Tidakkah itu menyemai sikap ‘selesa dan yakin’ pada tubuh badan dan bukan sikap malu?

4. Galakan dan Perangsang

Yang terakhir sekali ingin saya kongsi di sini ialah kepentingan motivasi dalam menggalakkan anak-anak untuk bertudung. Belikanlah tudung yang cantik-cantik dan mudah pula dipakai oleh si anak.
Pujilah mereka bila setiap kali mereka bertudung. Usahlah dimarahi atau dipaksa jika si kecil tidak mahu bertudung, lakukanlah secara bertahap.
Timbulkan minat dan rasa cinta dahulu, Insha Allah, kesannya akan lebih lama dan berkesan.
Apa pun suka saya nyatakan juga di sini, bukan bermakna cadangan di atas adalah sempurna dan yang terbaik, bukan bermakna juga, tidak disemai dari kecil menjadi satu kepastian bahawa mereka bila besar nanti tidak bertudung, atau apabila mereka disemai dari kecil, apabila besar nanti mereka akan kekal bertudung.
Kesemuanya adalah hidayah daripada Allah jua, yang penting adalah usaha dan pembudayaan yang kita terapkan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita.

InsyaAllah di lain masa kami akan kongsikan pula tips kami didik Kak Ngah pakai tudung. 

1 comment:

  1. Salam,

    My name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com

    Thanks :)

    ReplyDelete