Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

February 19, 2014

Along Garang!!!

Sebagai anak sulung pengganti abang 'Ukasyah, Uwais memang along yang boleh diharap. Walaupun along kecil, tapi tokoh sebagai along terserlah berkat didikan ummi dan ayah. Hehe. Ulya dan Usamah semua hormat along sebagai 'The leader' dalam adik-beradik. Buktinya bila Ulya Haniyya dah tak mampu dinasihatkan oleh ummi ayah, along mengambil tugas sebagai penasihat besar.

Ummi: Along, tengok Haniyya. Dia tak dengar cakap ummi.

Uwais: Aaiip. Biasa dia. Haniyya!!!

Bila Haniyya dengar je along marah, dia terus tekejut dan berlari pada ummi atau ayah. Takut anak dara ni pada along Uwais dia. Sampai Usamah pun terkejut dengar suara along. Suara along yang memang paling kuat dan nyaring antara semua.