Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

October 28, 2013

Check-up 4th Lil Mujahid @ 37 weeks

Alhamdulillah selesai sudah urusan check-up baby. Check-up dah semakin kerap ni, seminggu sekali.  Baby sihat, Ummi sihat juga, alhamdulillah.  Belum lagi engage kepala baby, masih floating cuma sudah head-down position.

Pagi tadi dapat giliran ke-22, rasa nak pitam kejap, tapi Ummi Ayah pergi sarapan dengan  Along dan Kak Ya dulu.  Sempat juga test drive jarak hotel ke hospital.  Kalau ikut Waze, dalam 8 minit.  Tapi ikut stopwatch Ummi, tak sampai 5 minit dah sampai.

InsyaAllah, bersalin kali ini Ummi Ayah dah ada 'birth plan' yang lain dari anak-anak sebelum ini.  Belum lagi sampai tahap 'homebirth', tapi kalau tak sempat ke hospital, Dr Siti Khadijah kan ada. Hehe. Kakak ipar Ummi seorang Dr., rumahnya pun dekat sini je. Dalam kawasan kejiranan kami.

Along dan Kak Ya akan check-in ke hotel dekat dengan hospital bersama Opah dan Aki.  Ummi Ayah tempahkan bilik yang ada jacuzzi untuk gembirakan hati anak-anak nanti bila ditinggalkan.  

Sedihnya nak tinggalkan Kak Ya, kalau tiada bau 'best friend' dia, dia meragam tak boleh tidur. Huhu.  Moga Allah bantu Kak Ya nanti.

October 26, 2013

Pillow and Bolsters by Ummi & Ayah


Set bantal dan bantal peluk ni Ummi sediakan satu set je dan yang lain guna abang-abang dan kakak punya.  Ummi tukang jahit dan Ayah tukang isi kekabu.  Kali ni Ummi tak buat bantal peluk yang berbentuk silinder sebab dari pengalaman lalu, bila tertendang, bergolek jatuh katil. Material 100% cotton.  Ummi ambil dari koleksi peribadi US designer fabric Ummi.  Ummi suka kumpul designer fabric cotton.  Bila nak buat projek, ambil je.

Ok cinta, ini benda yang Ummi Ayah buat untuk kamu tau sayang. 

Sarat 4th Little Mujahid

Alhamdulillah, kandungan Ummi telah 37 minggu usianya.  Menunggu masa sahaja untuk melahirkan.  Debarannya mengalahkan bersalin anak sulung.😉. Kali ini persiapan kelahiran agak lewat dibuat kerana kami banyak travel.  Persiapannya juga berbeza sebab bukan sahaja kena siapkan untuk Baby U, tapi juga untuk Along dan Kak Ya.