Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

April 23, 2013

Perangai Pelik Mengandung 4th Lil Mujahid

Assalamualaikum anak-anak yang Ummi kasihi dan cintai kerana Allah,

Semoga anak-anak Ummi cepat sembuh dari demam, batuk dan selsema ya.

Pengalaman mengandung kali ini sangat berbeza. Bila dah 4 kali mengandung, memang dapat bezakan jika mengandung anak lelaki dan anak perempuan.

Tapi kali ini, Ummi ada simptom mengandung yang bercampur-baur. Tapi kalau ikut instinct macam lelaki lagi. Hehe.

Mabuk kali ni agak teruk juga. Terutamanya bila menjelang pukul 10 pagi dan pukul 7 petang. Suka makan daging, makanan mamak dan arab. Sangat tipikal bila mengandung anak lelaki, suka nasi beriani. Makanan manis susah nak lalu kat tekak ni.

Tapi ada juga simptom mengandung anak perempuan. Suka kemas, cuci tandas, suka mandi, suka wangi. Setiap masa nak pakai bedak arab atau compact powder. Hehe. Ini memang pelik habis. Waktu tak pregnant, pakai bedak baby je. Lepas solat je, touch up balik. Sembur perfume. Cuma nak tidur, tak boleh nak pakai. Sentiasa nak nampak kemas je. Tiba-tiba berazam nak pakai tudung berwarna-warni.

Ok baby, Ummi Ayah tak kisah la girl ke boy.. Asalkan membesar sihat, sempurna, jadi anak yang soleh solehah macam Along dan Kak Ngah k.




April 17, 2013

Perkembangan Anak-anak

Assalamualaikum cinta hati Ummi,

Dah lama ye Ummi tak tulis perkembangan anak-anak. Kita mulakan dari Along Uwais, kak Ngah Haniyya dan Little Mujahid ye.

1) Along Uwais
Uwais walaupun belum dapat bercakap dengan lancar, tapi vocab semakin bertambah. Perkataan yang baru dapat sekarang, "octagon, pentagon". hehe. Ummi dulu umur Uwais tak tahu pun. Semakin faham arahan dan teguran Ummi Ayah. Pandai merajuk, terutamanya dengan Ayah. Overprotective dengan Kak Ngah, senang kerja Ummi sebab Kak Ngah ni suka kutip barang masuk mulut.

Uwais dah boleh mandi sendiri. Paling rapat dengan Opah. Manja teramat.

2) Kak Ngah Haniyya
Gelaran baru telah diberi supaya bila adik lahir, Ummi Ayah tak confuse. Haniyya pun sama. Sekarang dia masih gelarkan diri sendiri 'adik' . Anak dara sorang ni petah bercakap. Umur sudah genap 9 bulan, cakap memang jelas. Paling segan kalau nangis nak susu, mesti sebut , "ummi, nak nenen". Kalau nampak makanan, "Adik nak". Sekarang suka dengan Ayah, "Nak Ayah". Bila Along nak buat atau ambil mainan, dia jerit , "Ummi!!!!".

Beza rupanya anak lelaki dan perempuan, perempuan lambat dari segi fizikal, tapi cepat bercakap. Haniyya merayap memang laju, duduk tegap sangat, dah boleh berdiri dah, tapi malas betul merangkak. Bukan tak boleh, tapi dia tak suka. Sekarang suka panjat bantal, badan kami.

Haniyya suka makan, tiada masalah. Badan tetap genit. ;)

3) 4th Little Mujahid
Hari Ahad lepas, Ayah bawa Ummi untuk check-up yang pertama di Poliklinik Barakah. Kebetulan sampai lewat sebab angkut anak-anak kan, dapat giliran ke-27. Tapi kami ok je, asalkan Dr. Khairiah .

Sampai je nurse dah kenal Ummi. Semua patient pandang je kami. Hehe. Malu plak rasa. Padahal orang pun tak tau Ummi la yang paling kerap bersalin kat situ. Nurses semua excited sebab tengok Haniyya dah besar, dah 9 bulan. Dari lahir tak pernah bawa Haniyya kecuali waktu Kak Ijah bersalin ari tu.

Sementara tunggu giliran, Ummi dok sembang dengan Ayah, paranoid sendiri. Ayah layan je. Malu nak jumpa Dr. la. tiba giliran Ummi, masuk siap palpitation bagai nak jumpa Dr. Dr. Khairiah sangat baik akhlaknya. Ummi dah tersipu-sipu malu, tapi Dr. plak yang tenangkan Ummi. Dr. kata elok complete kn family waktu muda ni. Dah 30 ke atas mula dah banyak risiko. Haha. Segan, segan. Boleh dapat anugerah tak bersalin paling banyak di Barakah? Hehe. 2009-Ukasyah, 2010- Uwais, 2012- Ulya, 2013-baby U.

Dr. scan, kalau ikut LMP dah 10 weeks, tapi by scan baru 8 weeks 5 days. Jadi kita ikut scan ye. InsyaAllah, due date 19 November. Baby dah ada heartbeat, alhamdulillah. Doakan kesihatan Ummi dan baby ye.

# Terima kasih Allah, atas kurniaan nikmat yang tak terhingga buat kami. Nak tambah lagi satu ladang pahala buat Ummi Ayah. Bila tengok dekat Buku Mengandung tu, Gravida 4, Para 3, rasa sangat terharu sebab baru 27 tahun, Allah dah kurniakan permata hati yang ke-4. ALHAMDULILLAH


April 11, 2013

Kisah Kehadiran 4th Lil Mujahid

Terima kasih di atas doa dan ucapan tahniah dari pembaca blog ini. Menerima banyak ucapan dari ruang komen, FB, sms dan instagram.

Ummi pun confuse nak mula dari mana cerita ni. Ummi sebenarnya sedang dalam proses mengurangkan berat badan bermula bulan februari. Memang consume 'herbalife' dan main badminton atau bersenam dengan Uwais dan Abu Ukasyah boleh kata setiap hari. Main badminton bukan calang-calang, siap sewa court rm15/jam. Semakin lama memang rasa susut betul. Hilang selera makan. Paling perasan, bila pam susu makin kurang. Pengurangan yang banyak plak tu. Ummi jenis yang banyak juga production.

Sehinggalah beberapa minggu lepas, Uwais termuntah. Opah aki terus mengusik, ke Ummi pregnant?. Ummi pun agak menafikan juga. Plan 3 tahun lagi baru nak conceive yang ke-4. Kebetulan, Ummi dan Abu Ukasyah dah kemas baju-baju newborn, siap letak dalam kotak sebab lagi 3 tahun kan. Ummi pun nak let-go breastfeeding pillow, tummy binder dan banyak lagi barang-barang.

Lepas tu, Ummi gi JJ nak beli hadiah Abu Ukasyah, sambil dukung Haniyya tu, beberapa kali rasa nausea yang tak tertahan. Ummi pun hantar Haniyya ke kereta untuk Aki jaga dan Ummi masuk balik JJ nak beli pregnancy test kit.

Sampai di rumah, Ummi pun test. Sekali keluar double line. SAH pregnant. Line yang jelas. Ummi terduduk sekejap lepas ucap alhamdulillah, mixed feeling. Menitis airmata sebab tak sangka akan pregnant kembali secepat ini. Ummi kan EP mom, memang sedih. Stok frozen memang banyak, tapi Ummi selalu supply fresh EBM pada Haniyya.

Call Abu Ukasyah, dia tak angkat sebab tengah meeting. Akhirnya call abang sulung Ummi. Dia gelakkan Ummi sebab wife dia pun pregnant sama dengan Ummi dan anaknya Miqdad kan muda 2 bulan dari Haniyya. Lega dapat semangat dari Pak Long.

Ummi call Abu Ukasyah lagi, tak dapat. Jadi Ummi whatsapp je. Habis meeting Abu Ukasyah call balik. Ummi angkat dengan esak tangis. Abu Ukasyah pun pujuk Ummi. Rasa lega sangat.

Opah Aki pun suka

Haniyya Demam

Haniyya demam, merengek je dia. Ummi pun tak boleh tinggalkan dia sebab nak melekap dengan Ummi sentiasa. Alhamdulillah, makan selera juga. Cuma tidur kurang lena. Semoga anak Ummi cepat sembuh ye. Ummi rindu nak dengar Haniyya berceloteh. Bila sakit ni, jadi pendiam sikit anak Ummi, dok panggil 'Ummi' je.

April 4, 2013

4th Little Mujahid - Mabuk

Assalamualaikum,

Ummi sekarang tengah morning sickness sampai la tengah hari. Setiap pagi kepala ting tong macam tak larat nak melangkah. Tapi bila menjelang tengah hari macam- macam idea nak memasak dan sampai petang pun masuk lagi dapur nak buat dessert.

Menjelang malam je, badan menggigil bukan sebab lapar, bukan sejuk juga. Huhu. Lepas tu wajib mandi, shampoo rambut semua bila nak tidur. Teringat Dean Kuliyyah of Nursing cakap, Prof K, mandi malam ni 'harmless'.

Ini antara perangai pelik Ummi untuk kali ni. Haniyya ok sangat, cuma Uwais sekali mabuk dengan Ummi. Sedih sangat tengok dia tak selera makan, makin kurus cinta hati Ummi ni.

Kepada semua pembaca blog ini, Ummi ucapkan terima kasih yang infiniti sebab ramai yang contact Ummi waktu Ummi private kn blog. Terima kasih semua, atas doa kalian.