Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

February 24, 2013

Anxiety Disorder or PTSD

Assalamualaikum,
Serius Ummi risau sebab Ummi jadi sangat penakut dengan strangers. Ummi dan anak- anak kat hotel sebab ikut Ayah kursus sampai esok. Tadi Ummi dah pesan dengan Ayah sevelum Ayah keluar,suruh hang 'do not disturb' depan pintu bilik hotel ni. Mungkin Ayah terlupa tadi. Ummi tertido lepas tidurkan Uwais dan Haniyya, tiba-tiba terjaga sebab ada ketukan kuat di pintu berkali-kali tanpa henti.

Apalagi, shaking satu badan, jantung berdebat-debar sambil capai handset call Ayah, "Abang ke depan pintu bilik". "Eh tak lah" kata Ayah. Ummi dengan suara cemas minta Ayah keluar kejap tengok siapa yang ketuk tak henti ni. Ayah suruh tengok dekat hole dekat pintu tu, tapi Ummi tak nampak plak orang kat luar tu. Pastu orang tu ketuk lagi, terus call Ayah dah dekat mana. Sekali Ayah kata, "Room service la Sayang".

Ummi terus tergelak dan buka pintu, orang yang nak cuci bilik tu depan pintu dengan Ayah, terus minta nak kopi dan teh. Ayah masuk bilik jap, Ummi sambung gelak, " Patutlah Sayang tak nampak orang tu, Sayang pendek, orang tu lagi pendek. Hahaha."

Sebenarnya ada kisah hitam tahun lepas, rumah kena pecah masuk 3 kali. Sampai ari ni Ummi trauma dan masih fobia. PTSD barangkali.



February 9, 2013

Maafkan Ummi dan Ayah :(

Maafkan Ummi Ayah, kami berdua kurang selesa jika ada yang save dan re-publish gambar anak-anak kami tanpa kebenaran. Anak-anak bukan milik Ummi,mereka milik Allah. Tapi, kalau nak publish dan nak guna gambar mereka, sekurang-kurangnya inform Ummi atau Ayah, minta izin. Mereka ada Ummi dan Ayah. Unless bukan dari camera kami, kami memang tak kisah.

Serius, Ummi Ayah sensitif tentang ini sebab selalu ada orang report kenapa gambar anak-anak Ummi Ayah di laman atau profil orang lain. Please, don't do this k. Inform consent is very important. Nampaknye kena letak watermark la. Serius, kurang selesa. Maafkan kami jika entri ini berbaur emosi :(

Uwais al-Qarni @ 2 tahun 5 bulan

Salam sayang untuk Uwais yang Ummi kasihi. Anak Ummi dah besar, dah bujang. Macam-macam keletah dan perangai yang menceriakan dan kadangkala menguji kesabaran Ummi. ;)

1). Uwais masih belum banyak fasih bercakap. Bukan tak cakap, tapi banyak baby talk. Adakah kerana Uwais keliru bahasa? Sebab kalau speaking english, fasih plak. Boleh kenal dan kira "one two three four five six seven eight nine ten eleven twelve...". Kalau tak mahu, kemain cakap,"no, no". Uwais pandai panggil nama opah, asiah, panggil aki dan ayah dan panggil Haniyya, akak. He knows about animal's sound; cat, dog, cow, bird and confuse between tiger and digger. Haha.

2) Sangat kuat berlari, mengah ayah nak kejar. Ada bakat masuk olahraga ni.

3) Sangat suka tolong Ummi, kalau tak bagi memang nangis meraung.;). Tolong bawa beg, buang sampah, susun botol mineral, ambil diaper adik, tolak stroller. Sampai bawa luggage pun nak juga.

4) Selalu berusaha nak gembirakan adik. Kadang-kadang puas terloncat, melompat sambil agah adik, tapi adik buat muka blur. Hehe. Ummi pun gelak, supaya dia terhibur dan dihargai.;)

5). Sangat rapat dengan Opah dan Aki sampai kurus sebab rindu waktu opah aki di mekah. Uwais sangat jujur dengan perasaan dia. Jika dia kurang senang dengan keadaan dan individu, memang melekap jelah dengan ummi ayah opah aki. Opah aki adalah insan yang paling memahami uwais selain ummi dan ayah.

Moga, anak ummi membesar menjadi seorang mukmin yang kaamil. Target Ummi, Uwais hafal dan faham surah alfatihah dan 3 qul dalam masa terdekat ni. Ameen.


'Ulya Haniyya @ 6 bulan+++

Ummi bersyukur sangat kerna Allah kurniakan kesihatan yang baik buat mujahidah ummi dan ayah. Alhamdulillah, Berat Haniyya mencapai paras yang selamat. Hehe. Berat terkini belum diketahui lagi kerna belum perfi check-up 6 bulan.

1) Haniyya sudah mula menyusur dan maju ke hadapan. Sekarang pula tengah berlatih merangkak. Haniyya juga dah buat cubaan untuk duduk beberapa kali. Walaupun badannye kecil, tapi sangat aktif. Nak pakai baju, 15-30 minit baru siap.

2) Haniyya dah mula makan solid food. Sangat suka dan tertarik pada makanan. Sehari makan 3 kali. Paling suka, bubur carrot, bayam, ikan bilis dan puree apple. Tapi bubur kosong pun layan juga, asalkan namanye makanan.hihi. Beberapa kali Haniyya tertangkap sedang cuba makan makanan Along Uwais. Along suka makan atas lantai, Haniyya pula laju menerpa. Tertangkap tengah nak makan jagung, mee goreng, kentang, peha atan. Badan je comel, tapi selera besar ye. Sabar ye adik, tunggu umur setahun dulu . Sekarang, no sugar , no salt k.

Sampai di sini sahaja dulu entri tentang Haniyya yang comel. Acu kata Haniyya baby petak sebab bila dah tembam, bukan jadi bulat, tapi mampat dan bersegi2. ;)