Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

August 28, 2012

Sempurna Tempoh Penyusuan selama 2 Tahun buat Uwais




Uwais yang Ummi kasihi,
alhamdulillah, hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 7 Syawal, sempurna sudah tempoh penyusuan Uwais dengan Ummi selama 2 tahun. Ummi telah tunaikan hak Uwais dan Ummi minta maaf jika ada yang terkurang dalam memenuhi hak Uwais.

Proses 'wean off' BF
Sepanjang Ummi mengandung Haniyya, Ummi masih menyusui kamu dalam penat, lelah dan payah. Ummi tak sampai hati dan Ayah juga memberi semangat pada Ummi agar terus menyusukan kamu sehingga umurmu genap 2 tahun pada 7 Syawal nanti.

Di samping itu, Ummi sering berdoa agar proses menceraikan susu ini tidak memberikan tekanan pada jiwa dan perasaan kamu mahupun Ummi. Ummi ingin kita berdua berasa senang dan tenang sekali untuk proses ini. Manakan tidak, 2 tahun kita sentiasa berdamping, pasti Ummi akan merindui saat-saat indah itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Ummi. Mudah sungguh proses ini dan ianya berlaku secara automatik. Ummi sangat berterima kasih pada mujahid Ummi yang sorang ini kerana sangat memahami. Sewaktu Ummi discharge dari hospital, kamu masih minta susu dari Ummi, tapi Aki mencadangkan agar proses ini sudah boleh dimulakan. Pada mulanya, Ummi hampir tewas dengan pujuk rayu kamu, tapi dengan semangat dari Opah, Aki dan Ayah ummi bersetuju, proses menceraikan susu ini harus dimulakan sebulan sebelum usiamu genap 2 tahun pada 7 syawal.

Bila kamu minta susu je, semua orang bantu Ummi alihkan perhatian kamu sehinggalah sampai satu masa kamu telah akur bahwa susu hanya untuk adik. Alhamdulillah,dengan izin Allah semua ini berlaku.

Perasaan Ummi
Ummi sedih tapi Ummi juga gembira melihat kematangan dan perkembangan yang positif bilamana kamu tidak lagi menyusu dengan Ummi. Perasaan kamu? Ummi masih nampak kamu rindu Ummi. Kamu masih datang mencium rakan baik kamu bila adikmu tidur. Hehe.

Terima kasih Uwais sebab jadi best friend Ummi selama 2 tahun tempoh penyusuan ini. Isk isk, sedihnye. Sekarang ini pun Uwais masih best friend Ummi kan? Best friend yang sangat matang , insyaAllah.

Semoga Uwais jadi mukmin yang kuat serta hamba Allah yang bertaqwa. Ameen.

Ummi saaaaaaayang Uwais al-Qarni.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Pengalaman Bersalin 'Ulya Haniyya ( Bhgn 2)

...sambung kembali kronologi kelahiran puteri yang dinanti..

14 Julai 2012

10 pm
Ummi tiba di hospital dan terus masuk ke labour room untuk VE ( vaginal examination). Staff nurse dah prepare semua sebab Opah dah call dulu sebelum Ummi sampai. Waktu ni, sakit dah 3 in 10 min, tapi masih ok lagi bagi Ummi, tapi bukaan baru 1 cm. Lepas buat CTG semua, staff nursebcall Dr Khairiah dan Dr. suruh Ummi admit ward sebab contraction dah kuat walaupun baru 1 cm.

11 pm
Ummi admit open ward dulu sebab Bilik Khadijah ( bilik untuk seorang) dah occupied. Ummi pun terus cakap dengan nurse, esok bila patient tu discharge, Ummi nak masuk. Tukar baju semua dan diminta berehat. Ayah temankan Ummi. Ummi suruh Ayah tidur dulu sebab takut bila Ummi sakit nanti, Ayah dah tak boleh tidur. Lepas 4 jam nanti, nurse akan review balik progress Ummi.

Ummi pun sempat update blog dulu dan dapat sms dari akak supaya Ummi tidak risau sebab Uwais ok je, tak nangis dan dah tidur. Menangis Ummi baca sms aki . Ummi tak pernah berpisah dengan Uwais, tak pernah tinggalkan Uwais apatah lagi tak tidur dengan Uwais waktu malam. Ummi risau sebab Uwais masih BF lagi. Ummi risau Uwais meragam kalau tak dapat candunya. Alhamdulillah Allah bantu Ummi, Uwais baik sangat, tak nangis langsung. Hatta Opah kata, mudah sangat nak jaga dia.

12 am-3am
Ummi dapat lelapkan mata dan terbangun kul 3 pagi sebab nurse datang check. Sakit sekejap datang dan pergi. Ummi pun was-was juga. Betul ke nak bersalin, kalau tak bersalin, segan je. Hehe. Nurse buat VE lagi dan bukaan sudah 3 cm. Alhamdulillah, lega hati Ummi. Ummi khabarkan pada Opah perihal perkembangan ini. Nurse tanya pada Ummi, nak Pethidine ( pain killer) atau tidak supaya Ummi dapat berehat dan tidur. Tanpa berfikir panjang, Ummi terus cakap nak sebab serik dah nak lalui natural birth macam waktu Uwais dulu. Lepas 4 cm dah tak boleh ambil nanti.

3 am- 7am
Ummi tidur dengan lena sekali dek kerana penangan Pethidine. Terjaga waktu Subuh, kejut Ayah suruh solat, sebab Ummi nak mandi dan Dr nak rebiew balik pukul 7 am nanti. Pukul 7 , Dr datang buat VE, masih 3 cm. Nurse bagi enema dan Dr suruh masuk labour room untuk induced Pitocin. Fuh, berdebar hati Ummi. Sms opah dan opah kata nak bawa Uwais datang pagi ni. Opah bagi kata semangat pada Ummi.

7 am-11 am
Ummi ditemani Ayah sepanjang di dalam labour room. Dr insert branula dan start infused Pitocin. CTG dipasang setiap masa. Ummi cakap dengan Ayah, rasa macam tak berapa sakit. Dos Pitocin ditingkatkan dari masa ke semasa dan sakit contraction semakin menyakitkan. Ummi tak bagi langsung Ayah tinggalkan Ummi. Ummi semakin takut. Ayah tanya Ummi nak makan apa sebab Ummi hanya makan sekeping roti pada waktu sarapan. Tapi Ummi sudah hilang selera makan. Ayah suapkan Ummi kurma dan Ummi minum air milo.

12 pm
Contraction semakin kuat. Ummi request cik timah untuk buat VE, tapi kecewa bila cik timah kata masih 3 cm sedangkan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Ummi minta tingkatkan dos Pitocin and both of us discussed for ARM ( artificial rupture of membrane). Lepas buat ARM, makin sakit dan bila buat VE dah 5 cm. Cik timah sembang dengan Ummi, mungkin Ummi bersalin dalam waktu zuhur nanti. Tapi Ummi rasa macam lambat lagi.

Opah dan Aki sampai, bawa Uwais sekali. Waktu ni, Ummi macam mamai je sebab ambil Pethidine. Waktu Ayah dukung Uwais masuk labour room untuk jumpa Ummi, sayu hatimdan rindu sangat kat dia. Uwais pelik tengok Ummi berselirat dengan drip dan CTG. Tapi sempat lagi dia minta nak BF dengan Ummi. Hehe. Mestilah Ummi tak bagi sebab tengah sakit. Sian kat dia, tapi Opah aki kata senang jaga dia.

1 pm-5pm
Jangkamasa waktu ni, macam- macam berlaku, jadi payah Ummi nak ingat kesemuanya. Dengan berguling atas katil sebab sakit. Bila sakit je, Ayah kusut kepala Ummi. Bila tak tahan sangat, Ummi suruh Ayah tarik rambut Ummi dengan kuat. Opah dok baca ayat-ayat kat air bagi mudah Ummi bersalin. Kejap- kejap Ayah masuk bawa air bagi Ummi minum.

6pm
Dah 8 cm bila Cik Timah buat VE. Dr Khairiah kat rumah waktu ni. Ummi dah tak tahan sangat dah. Rasa nak push je, tapi semua orang suruh Ummi tahan tunggu Dr sampai. Ummi sampai rasa nak marah asbab memang tak boleh tahan sangat gesaan nak push tu. Bila buat deep breathing, bila exhale, automatik nak push. Ayah pun sama, suruh Ummi tahan. Waktu tu Ummi asyik dok tanya, Dr dah kat mana? Dok merayu juga dekat Cik Timah suruh sambut je Ummi bersalin sebab dia memang sangat berpengalaman berpuluh tahun. Tapi tak tau kenapa semua nak suruh juga Ummi tinggu Dr.

Bila Ayah inform Ummi yang Dr Khairiah dah sampai, Ummi terus menangis sebab rasa sebak, sayu, terharu dan gementar nak jumpa Haniyya. Sementara Dr Khairiah bersiap apa yang patut, Ummi pejam mata, berdoa moga Allah permudahkan dan dalam hati berkata, " memandangkan dah sakit lama, Ummi tak nak push banyak kali, ummi kena push sekuat hati sekali je kali ni".

Ayah dah standby angkat kepala Ummi dan Dr Khairiah dah ready. Ummi tunggu contraction datang, tarik nafas dan push tanpa henti dan Haniyya keluar dengan mudahnya. Alhamdulillah, keluar je terus menangis. Hilang terus kesakitan. Waktu Dr Khairiah letak atas perut Ummi, kecil je tubuh dia.

Tepat 6.38 petang, lahir sudah puteri yang Ummi Ayah nantikan. Proses mengandungkannya amat mudah. Menyedari kehadirannya tatkala kandungan telah hampir masuk 4 bulan. Sepanjang mengandungkannya, pelbagai ujian menimpa, rumah dipecah masuk pencuri sebanyak 3 kali. Lap top hilang menyukarkan kerja Ummi. Sepanjang mengandungkannya 2 kali juga fly atas urusan bisnes, terpaksa tanpa pilihan. Kasihan Haniyya, Ummi susah hati dalam diam sampai kecil je anak Ummi waktu lahir. Tapi sungguh, Haniyya anak yang sangat tabah dan sabar. Alhamdulillah atas kurniaan ini.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

August 10, 2012

Hari ke-25

Assalamualaikum,
Hari ini genap 25 hari usia 'Ulya Haniyya. Anak yang kurang ragamnya, alhamdulillah. 'Ulya Haniyya suka mandi, suka bila ditukar baju baru. Bila along Uwais agah dia, kemain nganga mulut. Waktu Ummi makan, dia solehah sangat. 'Ulya Haniyya suka juga bila dapat menyusu sambil berehat dan bergolek di atas katil bersama Ummi. Ini saat-saat yang paling digemarinya. Ummi akui, lebih banyak menyusu sambil duduk asbab menjaga along Uwais. Sian 'Ulya Haniyya ye. Ummi doakan 'Ulya Haniyya jadi anak yang solehah. Anak yang sabar, tabah dan kuat jiwanya, insyaAllah.

- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Pengalaman Bersalin 'Ulya Haniyya ( Bhgn 1)

Assalamulaikum,

Salam sayang buat anakanda-anakanda Ummi yang sedang lena. Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah ya. Tidak dilupakan juga, Mujahid sulung Ummi dan Ayah yang sedang berbahagia di sana. Kali ini, Ummi ingin kongsikan pengalaman Ummi melahirkan 'Ulya Haniyya. InsyaAllah, bila 'Ulya Haniyya besar nanti, bolah baca kisah ini.

12 Julai 2012 ( Khamis)

5 petang @ rumah
Mucus plug dislodged' dan Ummi sempat ambil gambar untuk kepastian. Hasratnya ingin tunjukkan pada Ayah bila Ayah pulang dari kerja nanti.

6 petang
Opah Aki call ajak dinner di luar dan Ayah pun sudah pulang dari kerja. dalam perjalanan ke kedai makan, Ummi khabarkan pada Ayah, Ummi dah turun tanda, tapi bukan 'bloody show'. Jadi Ummi pesan pada Ayah, tak perlu risau dan tak perlu lagi rasanya pergi hospital. Contraction still irregular.

 6.15 petang @ Jingga Corner
Ummi tak beritahu Opah dan Aki, rasa macam nak rahsiakan lagi. Tapi tiba-tiba Ayah kantoikan. Ayah tanya Ummi, Opah Aki dah tahu ke. Terus la Ummi cerita. Opah risau, tapi Ummi tenang je. Maklumlah, anak yang ke-3 pasti cepat prosesnya. Dinner malam tu, Ummi kemain lagi makan macam nak berpantang sampai setahun. Siap bungkus kerang bakar bawa balik rumah. Waktu ni, Opah dah suruh balik rumah kemas barang semua. Haha. Kelam kabut sampai rumah kemas barang. Beg hospital pun tak siap lagi, sedangkan waktu ni dah 37 minggu.

Bila dah siap kemas barang, Ummi cakap dengan Ayah, tunggu la dulu, Ummi tau bila masanya perlu ke hospital. Bila mucus plug dislodged, boleh jadi 3 hari baru true labor. Jadi, malam tu tak pergi hospital lagi. Ummi hanya pantau fetal movement dan timing contraction.

13 Julai 2012 ( Jumaat)

Masih tiada apa perkembangan. Contractions was irregular, no bloody show, no leaking and etc. Masih di rumah. Ummi berdoa supaya boleh bertahan sampai program pada esok hari habis. Ya, keesokannya, Opah dan Aki ada Program penting yang memerlukan bantuan Ummi dan Ayah. Opah pun dok usap perut Ummi, dok pujuk 'Ulya Haniyya keluar hari Ahad, selepas habis program dan sebelum Ramadhan.

14 Julai 2012 ( Sabtu)

10 pagi @ Twins Baby Balakong
Selepas mengemas rumah, Ummi Ayah bersarapan di luar bersama Uwais. Ummi ingin membeli beberapa keperluan pada saat-saat akhir. Waktu ini rasa kelam kabut sangat sebab Ummi sudah mula sakit yang kuat. Menyesal dok tangguh dulu. Berjalan pun mengah. Keluar dari kereta pun rasa macam susah je.
Hasilnya dapatlah beli set pillow dan bolster, Medela Purelan, dimple pillow, kelambu. Kelambu sebenarnya dah ada 2, tapi waktu pindah hari tu, lupa letak mana. Bila cari balik, dah tak jumpa. Ayah kata beli je baru, siap pilih warna pink lagi.

12 tengah hari @ rumah
Ummi kemas barang- barang dan siapkan baby cot. Final touch, Ummi check semua beg supaya lengkap sebelum pergi program. Beg Ummi, beg Ayah, beg 'Ulya Haniyya dan beg Uwais. Beg- beg ini Ummi susun supaya mudah dilihat, tapi Ummi tak bawa pun waktu pergi program sebab apa-apa nanti, hasratnya nak balik rumah dulu sebelum ke hospital. Sakit semakin kerap, 2 in 10 minutes for 30 seconds. Tertunduk- tunduk Ummi berjaan sambil pegang perut.

Sambungan dari kisah ini boleh baca di entri Admitted to Ward ....

Bahagian 2 Ummi akan post sekali dengan gambar ye.

1 petang @ program
Sakit bertambah kuat, tapi Ummi gagahkan juga nak tunggu program habis selepas Asar. Ummi mula rasa tak sedap hati. Lepas solat Asar, Ummi timing lagi contraction. 3 in 10 minutes for 50 seconds. Terkejut Ummi, patutlah sakit sangat. Pak Long ( abang Ummi) risau suruh Ummi gi hospital cepat. Ummi masih tak yakin lagi, padahal dah 3 in 10 mins dah tu. Inginkan kepastian, Ummi call Mak Long ( kakak ipar Ummi, seorang Dr. ) dan dia pun nasihatkan Ummi pergi cepat, kuat dah contraction tu.
6 petang
- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

August 9, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-5 Abu 'Ukasyah (Bahagian 2)

Alhamdulillah, wedding anniversary baru-baru ini sangat biasa sambutannya, tapi sungguh bermakna. Bila fikirkan rakyat palestin, rasa tak sanggup nak makan sedap. Hilang selera rasanya. Sedih mengenangkan isu ini.

Allah beri rezeki, Ayah bawa Ummi makan di Grills dekat Bangi. Waktu tu keluar rumah pun dah pukul 10 malam sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Ummi makan sirloin steak , ayah pula, rib eye steak dan uwais pula junior set. Waktu nak makan, Haniyya tidur, jadi Ayah tolong potongkan daging dan Ummi dapat makan dengan gembira. Selalunya susah nak dapat makan dengan tenang asbab melayan kerenah anakanda Uwais dan Haniyya.

Lepas makan, kami ronda- ronda KL. Anak- anak tidur dan dapatlah Ummi Ayah dating sambil sembang- sembang. Hehe. Siap berhenti beli makanan makan lagi dalam kereta.




Bukan senang nak dapat tangkap gambar berempat.hihi. Ini pun Uwais tak pandang kamera.

August 5, 2012

Blog Berwajah Baru

Assalamualaikum anak-anak yang Ummi kasihi selalu.  Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.  Entah mengapa, sukar sungguh malam ini untuk melelapkan mata.  Mungkin ini sahaja 'me time' yang Ummi ada, walaupun Ummi sedar, esok Ummi akan uruskan anak-anak seorang diri sebab Ayah on-call hari ahad. huhu. Minggu depan pun Ayah ada on-call lagi waktu weekend.  .

Di kesempatan ini, Ummi telah tukar template blog yang baru.  Ini hijrah, bersempena kelahiran `Ulya Haniyya.  Walaupun Ummi masih belum susun kemas lagi, tapi kira selesai sudah niat untuk bertukar wajah selepas kelahiran anak dara Ummi Ayah ini.  Semoga, banyak lagi perkara yang bermanfaat untuk Ummi kongsikan di platform ini.

Assalamualaikum, saya 'Ulya Haniyya.