Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary

Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..
Powered by Blogger.

July 28, 2012

Bilangan Anak Ummi & Ayah




Assalamualaikum,
Ummi ingin menjawab pertanyaan seorang 'ummu ahlul jannah' iaitu sis nurul aznil kepada Ummi tentang jawapan Ummi tatkala orang bertanya jumlah anak Ummi dan Ayah.

Selalunya, orang akan tanya Ummi, anak ke berapa ni? Ummi pasti tanpa berselindung memberitahu bahwa ini yang ke-3. Biasanya orang terkejut juga sebab diorang kata muka macam baru kawin, muda sangat. Yelah, Ummi dan Ayah tak cukup ketinggian.hehe. Bila Uwais datang, Ummi perkenalkan, " Inilah anak ke-2 saya". Pasti ramai orang yang bertanya lagi, " Mana yang sulung? Tak ikut ke?". Bila Ummi ceritakan hal sebenar tentang 'Ukasyah, mereka serba salah pula. Ada yang marah dan sebagainya. Ada yang trauma sebab mereka bekerja dan pelbagai macam perasaan.

Itulah, Ummi cakap dengan Ayah. Ummi tidak mahu lagi terfikir atau teringat tentang tragedi tu. Ummi yakin dengan segala aturan dan takdir yang telah Allah tetapkan buat anakanda sulung, 'Ukasyah. Ummi hanya ingin berasa gembira bila memikirkan bahwa Ummi pernah melahirkan seorang ahli syurga, menyusukan dia dengan susu ibu dan menjaga serta mentarbiyyah dia sebaik mungkin. Pokoknya, melaksanakan segala amanah yang telah Allah berikan pada Ummi dan menunaikan hak- hak 'Ukasyah.

Adakalanya, hati Ummi terguris sekali dengan respon orang bila mengetahui tentang 'Ukasyah. Persoalan mereka pada Ummi sangat mengguris hati. Bilamana Ummi sendiri redha dengan pemergiannya, orang lain pula mempersoalkannya. Redha, itulah yang terbaik. Redha itu membuahkan ketenangan. 'Ukasyah adalah hadiah dari Allah buat Ummi dan Ayah, alhamdulillah. Ummi yakin, pastinya akan bertemu dengannya di syurga nanti, insyaAllah.

p/s: 'Ulya Haniyya sangat mirip raiut wajah 'Ukasyah.
- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

July 25, 2012

Along & Adik

Assalamualaikum,
Sementara menanti tukang urut sampai, Ummi coretkan sedikit tentang Uwais al- Qarni. Sekarang ini suka betul dia buat mimik muka begitu. Setiap hari, sama- sama dia tolong Ummi mandikan adik. Akalnya dia yang nak main air. Hehe. Kegemarannya, bagi pipi dan telinga suruh adik cium. Kadang- kadang tu, adik siap jilat lagi sampai dia geli dan gelak terkekek- kekek.
Bila adik nangis waktu ummi masuk bilik air, dia akan masukkan tangan celah baby cot dan tepuk- tepuk adik. Tapi bila dia geram tengok socks adik yang warna comel, dia tanggalkan. Alhamdulillah, adik jenis cool dan tenang je. Nama pun ' Ulya Haniyya ( ketinggian ketenangan).
' Ulya Haniyya pun semakin besar je Ummi rasa. Lebih cepat dewasa rasanya. Mungkin asbab ini anak yang ke-3, jadi Ummi sudah banyak pengalaman. Tidur dengan Ummi pun gaya baby dah berumur 2 bulan.
' Ulya Haniyya anak yang kurang ragamnya. Ummi dapat tidur yang cukup pada malam hari. Dapat berurut dan bertungku dengan tenang. Dapat makan dengan kenyang. Dapat layan Along. Dapat buat kerja rumah. Pokoknya mudah sangat menjaga ' Ulya Haniyya. Memang sepadan dengan nama Haniyya. Alhamdulillah Allah bantu Ummi.
Ayah pula bakal masuk kerja kembali pada hari Isnin depan setelah 2 minggu bercuti untuk menjaga Ummi, Uwais dan ' Ulya. Sedih juga nanti, terutamanya buat Uwais yang mendapat layanan kelas pertama dari ayahnya. Semoga Allah beri kemudahan pada Ummi nanti, insyaAllah. Lepas ini, Ummi kena handle anak- anak dan bisnes sorang- sorang.

Ok, sampai di sini sahaja dulu, tukang urut dah sampai.

Ummi sayang 'Ukasyah, Uwais al- Qarni dan 'Ulya Haniyya kerana Allah. Oh, tak lupa juga buat Ayah, cinta hati Ummi. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen.

Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

July 22, 2012

`Ulya Haniyya


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Little Mujahidah telah dicukurkan dan diberikan nama di hari ke-7 kelahirannya, bersamaan 1 Ramadhan.  Aki kepada Little Mujahidah dan ayahnya yang sama-sama mencukurkan rambutnya.  InsyaAllah, nama juga telah dipilih.  Kali ini pilihan si Ayah buat puteri sulung kami.  Nama yang dipersetujui bersama bersempena dengan Presiden Hamas merangkap PM Palestin, Ismail Haniyya.  Nama yang ayah ummi impikan untuk mujahid kami, tapi Allah izin dapat mujahidah, maka kita ambil nama yang akhirnya ya.



*********************************************************************************
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Maka dengan ini kami amat berbesar hati mengumumkan dan menghebahkan secara rasmi nama Little Mujahidah kami, iaitu puteri sulung kami di hari ketujuh kelahirannya (draft semalam, publish hari ini) . Ummi dan ayah sentiasa mendoakan agar kamu menjadi sepertinya wahai

`Ulya Haniyya binti Mohd Hafiz

Tertangguh

Assalamualaikum,

Salam ramadhan semua. Semalam hari ke-7 little mujahidah, Ummi Ayah masih belum umumkan namanya ye. InsyaAllah, malam ini jika ada kelapangan untuk buka lap top, Ummi Ayah akan update beserta dengan gambarnya ya.

Ramadhan kali ini Ummi langsung tidak berpeluang untuk berpuasa kerana melahirkan si adik di penghujung Syaaban, namun Ummi yakin Allah menjanjikan yang terbaik buat ibu- ibu seperti Ummi. Jadi, jangan sedih ya Ummi. Inilah masanya merancang untuk berpuasa selepas Ramadhan nanti. Hehe. 'Ukasyah juga lahir dalam bulan Ramadhan.

Banyak yang Ummi ingin ceritakan sebenarnya, tentang kronologi Ummi bersalin, pengalaman berpantang kali ini, self- weaning si Along Uwais, rutin memerah dan rupa-rupanya menjaga dua orang anak jauh lebih mudah dari menjaga seorang. Yakin dan berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Ameen.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

July 15, 2012

Ahlan Wasahlan Little Mujahidah

Alhamdulillah, Ummi telah selamat melahirkan seorang little mujahidah pada pukul 6.38 petang tadi. Prosesnya sangat panjang, tapi Ummi push sekali je. Pertama kali rasa melahirkan anak yang bertubuh kecil. Berat lahirnya, 2.54kg sahaja. Jauh dari abang-abangnya, 3.1-3.2kg. Kekok ummi pegang anak kecil. Hehe.

Officially, i' m a moher of 2 sons and a daughter. Alhamdulillah. Jazakallah ayah kerana sentiasa di samping ummi. ^____^




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Admitted to ward

Assalamualaikum,

Mohon kalian doakan Ummi bersalin ye. Sekarang dah admit ward. Turun tanda hari khamis , tapi ummi lengah-lengah lagi mahu ke hospital sebab contraction still irregular. Lagipun tiada bloody show. Tapi semalam kemuncak, waktu siang 3 contractions setiap 10 minit, dan setiap contraction selama lebih kurang 40-50 saat. Waktu tu, call Mak Long Ijah ( kakak ipar Ummi) dan dia nasihatkan pergi je hospital.

Bila sampai rumah, contraction tak kerap pula. Terus ummi cakap dengan ayah, esok pagi jelah pergi hospital sebab pagi ini memang ada check-up pun. Ummi pun yakin je boleh tahan lagi. Lepas isya' , Opah aki bawa Uwais keluar makan. Dapatlah ummi berehat sikit. Tiba-tiba rasa contraction sangat kuat sampai gigil badan. Dalam hati, tak boleh jadi ni. Waktu tu ayah pula tidur sebab seharian duk sibuk. Balik opah aki bawa makanan, Ummi dah tak keruan, muka pun dah pucat. Ummi tak jamah pun meehon tomyam yang dibelikan. Ummi kejut ayah, capai semua barang. Sedihnya, tak sempat cium Uwais sebab takut dia nangis nak ikut ummi ayah. Lebih kurang kul 10 malam rasanya, ummi dan ayah menuju tempat yang Ummi bakal bersalin nanti.

Jarak dari rumah, hampir dekat sejam juga dan kereta pula banyak malam tadi. Ummi dah rasa panik sebab takut terberanak dalam kereta. Sampai je, nurses dah prepare sebab opah dah call bagitau ummi dah sakit. Buat VE pukul 11 malam tadi, baru buka 1 cm. Tadi check lagi bukaan pukul 3.30 pagi, dah 3 cm. Serius, ummi tak perasan sangat kesakitan yang makin kerap ni. Pengalaman dulu, kalau 3 cm, ummi dah berguling atas katil. Tapi kali ini lain rasanya. Masih boleh taip entri lagi.

Sahabat- sahabat, rakan- rakan serta kenalan Ummi, mohon doakan Ummi dipermudahkan proses kelahiran ini ye. Ummi mohon maaf andai terguris hati kalian secara sedar atau tidak.



Cinta hati ummi, Uwais al-Qarni. Sayu rasa hati Ummi tinggalkan dia malam tadi. Uwais soleh ye duduk dengan opah aki. Ummi ayah sayang Uwais kerana Allah. Uwais dah nak jadi abang ni. Agak-agaknya apalah reaksi Uwais nanti ye terhadap adik.

-Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

July 4, 2012

Uwais & BF

Ummi yang sudah sarat ini masih menyusukan Uwais. Kadang-kadang memang rasa tak larat sangat, tapi bila tengok keletah Uwais, memang mencuit hati Ummi.

Bermula hari ini, Ummi sengaja suruh Uwais baca doa dulu sebelum menyusu ( sebelum ini Ummi je bacakan untuk dia. Hehe.) Terkejut Ummi dia ikut dengan bahasa dia la , sambil tadah tangan. Belum Ummi sebut 'ameen', Uwais dah buat dulu.

Bila Uwais dah besar ni, memang seronok melayan dia. Bila Ummi kata, " eee malu la Uwais", nanti dia buat kelip- kelip mata atau pandang ke tempat lain. Asalkan dapat menyusu dengan Ummi. Bila Ummi mengusik Uwais, Opah la back- up dia, " Takpelah Ummi, Uwais belum 2 tahun lagi". Opah memang bagi semangat pada Ummi untuk menyusukan Uwais sampai umurnya 2 tahun.

Jika diukur semangat Ummi, memang turun naik. Opah, Aki, family dan yang paling banyak membantu, Ayah. Alhamdulillah Allah hadirkan mereka buat Ummi. Alhamdulillah, big family Ummi sangat menyokong penyusuan susu ibu. Jadi, tiada tentangan terhadap Ummi yang masih meneruskan penyusuan ketika mengandung. Moga Allah kuatkan semangat Ummi sampai 7 Syawal nanti. Selepas itu, pasti Ummi merindui saat-saat indah menyusukan Uwais al-Qarni.



- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

IKEA HENSVIK Cot

Walaupun melahirkan anak yang ke-3, tapi banyak juga keperluan yang perlu Ummi Ayah sediakan buat Little Mujahidah. Mengambil kira adanya seorang toddler yang sedang aktif. Hehe. Selepas check-up minggu lepas, Ummi Ayah, Pak Cu, Mak Long Pak Long dan Opah Aki dating di Ikea. Kebetulan semua pun ada keperluan yang hendak dibeli di sana. Alang-alang dah sampai sana, elok beli terus.

Permulaannya Ummi Ayah merancang membeli Graco Playpen selepas kelahiran Little Mujahidah nanti, tapi Ummi cadangkan beli sekarang sebab Uwais semakin aktif. Maklumlah, sunyi tiada kawan. Risau jika dia buat apa-apa kat adik nanti. Ummi nanti selalu sibuk di waktu pagi menguruskan order para pelanggan, jadi Ummi mesti pastikan adik selamat. Tambahan pula, bila Poslaju datang pick-up barang-barang di rumah.

Bila fikirkan tentang Graco Playpen pula, Ummi rasa kurang praktikal untuk kondisi Ummi sebab bassinet tu boleh digunakan untuk si adik je. Kalau along nak guna, terpaksa tanggalkan bassinet. Lepas tu tefikir juga, kami perlukan katil tambahan nanti sebab dah 4 orang kan. Jadi, yang paling praktikal, tahan lama, solid wood dan sesuai dengan keperluan adalah Ikea Hensvik Cot, RM369. Ummi beli tilam untuk cot ini dan bedsheet nye di Ikea juga.

Semalam baru Ayah dan Aki pasang cot ini dan orang paling gembira adalah Uwais. Habis diangkutnya semua mainan kesukaan dia masuk dalam ni. Baby cot ni adjustable base dia dan disebabkan adik belum lahir, Ummi Ayah bagi peluang dulu dia main tidur dalam tu. Ummi letak base dia paling rendah. Seronok kemain Uwais ada territory sendiri.


- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

7th ANC: Little Mujahidah @ 35w

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik, minggu ini Ummi hanya menunggu masa saja untuk melahirkan Little Mujahidah ni. Minggu ini, genap 36 minggu.

Hujung minggu lepas, Ummi menjalani rutin biasa dengan Dr Khairiah. Dr. Khairiah memang tak pernah tulis bila next appointment Ummi dengan dia sebab dia kata Ummi mesti dah tau punye. Selepas 32 minggu, check-up 2 minggu sekali dan selepas 36 minggu, check-up setiap minggu. Sepatutnya minggu ini Ummi check-up lagi, tapi Dr Khairiah suruh Ummi check sendiri je kat rumah. Lagipun, Mak Long boleh tolong Ummi. Hehe.

Alhamdulillah, baby sihat. AFI sudah kembali normal. Bacaan yang lepas, 19. Little Mujahidah sudah engaged sedikit, sekurang-kurangnya ada progress walaupun masih di station 5. Kepala pun sudah tidak floating lagi. Kiranya dah tetap di situ, insyaAllah. Lega hati Ummi.

Semoga Allah permudahkan proses kelahiran kali ini. Abang Ukasyah, lahir pada 39 minggu, Along Uwais 38 minggu dan Dr Khairiah berseloroh dengan Ummi, mungkin Little Mujahidah 37 minggu. Sekali makbul cakap Dr Khairiah kan. Hehe..

Ummi ayah tak sabar nak jumpa Little Mujahidah.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)