Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

May 30, 2012

6th ANC: Little Mujahidah @ 31W

Assalamualaikum buat mujahid-mujahid dan little mujahidah ummi dan ayah,

Alhamdulillah, hari ini genap usia kandungan ini 32 minggu.  Rasa macam dah sarat sangat dah.  Minggu lepas, seperti biasa, menghadiri rutin pemeriksaan bulanan dengan Dr Khairiah.   Ummi Ayah doa sungguh dapat tengok gender adik.  Waktu Dr. ukur femur length Ummi dah nampak, tersengih Ummi.  Sampai Dr tanya Ummi Ayah hendak tengok secara jelas tak gender adik.  Waktu Dr. fokus kat genital area, Dr. tanya Ummi, "Haaa ni apa?".  Ummi pun dengan penuh yakin menjawab berdasarkan apa yang Ummi belajar dulu, "Alhamdulillah, labia Dr." .  Ummi terus tutup muka memanjatkan kesyukuran pada Allah kerana makbulkan doa Ummi Ayah.  Ayah senyum lebar kemain.

InsyaAllah, it`s a girl.
kredit to google  mobavatar.com



Little Mujahidah sudah 1.45kg pada minggu lepas.  Nampak muka dia semakin tembam.  Semuanya baik aje.

Keluar bilik Dr. Ummi Ayah sengih-sengih.  Berangan, bagaimana kalau ada anak perempuan nanti.  Pastilah berbeza kerana jiwa anak perempuan lebih lembut dan sensitif.  Satu cabaran baru buat Ummi dan Ayah dalam mentarbiyyah anak ini.  Little Mujahidah ini kiranya cucu perempuan pertama dari 6 orang cucu Opah dan Aki yang kesemuanya lelaki.  Kami semua juga sudah terbiasa melayani anak-anak lelaki berbanding perempuan.  InsyaAllah, moga Allah permudahkan.

Bila dah pasti gender Little Mujahidah, baru Ummi dan Ayah buat persiapan terakhir sebab dah sarat nanti, Ummi dah tak larat nak berjalan.  Itu pun, banyak yang Ummi shopping online.  Nanti ummi kongsikan persiapan terakhir yang dibuat ye.  Sebelum tahu gender Little Mujahidah, Ummi Ayah beli je semuanya warna pink.  Ayah cakap dengan Ummi, yakin je adik ni girl.

Mengandung anak perempuan memang berbeza kan.   Ini pengalaman Ummi.   Rasa sihat sentiasa, rasa nak cantik, rasa nak masak macam-macam.  Asyik nak makan coklat atau bila tengok makanan manis, terliur aje Ummi.  Takut juga kena GDM.  Little Mujahidah juga lain perwatakannya dalam perut Ummi ni.  Tendangan lembut je.   Kuranglah buat ombak dalam perut ni.

Semoga Little Mujahidah membesar sihat sempurna dalam perut Ummi. InsyaAllah, end July kita jumpa ya.  Ummi Ayah doakan Little Mujahidah jadi anak yang solehah, muslehah, bakal ibu dan isteri yang baik. Can`t wait to meet our precious daughter.^__^

May 9, 2012

Murabbi Kecil Ummi & Ayah

Assalamualaikum ya Uwais al-Qarni,

Peristiwa yang berlaku hari ini terkesan sungguh di hati Ummi dan Ayah.  Sungguhpun, kamu hanya seorang anak kecil, tapi banyak yang Ummi Ayah pelajari daripada kamu.  Hari ini, baru Ummi rasakan bahawa Ummi tidak sesekali menyesali kerana mengambil keputusan mentarbiyyah sendiri anak-anak Ummi di rumah.  Ya, kamu anak yang masih kecil dan Ummi minta maaf kerana anggapan Ummi kamu masih tidak faham banyak perkara.  Tetapi, hari ini kamu telah buktikannya pada Ummi Ayah bahwa kamu sangat mengerti dan faham serta ingat segala apa yang Ummi ajarkan padamu.

Usai kepulangan Ayah dari tempat kerja, kamu sungguh gembira.  Kerana kegembiraan itu, Ayah membuka sebungkus kerepek untuk dikongsikan bersama kamu.  Pesan Ayah, "Uwais makan dulu ya, Ayah hendak ke bilik air,   Uwais jangan habiskan dulu.  Tunggu Ayah".  Sementara Ayah di bilik air, Ummi melayan kamu yang sedang asyik makan.  Tampak sekali gelojoh seorang anak kecil makan kerepek.  Ummi pun berpesan pada Uwais, "Uwais, jangan tamak.  Allah tak suka orang tamak.  Ambil satu-satu, kan masih banyak lagi kerepek dalam tu."  Uwais pun menurut kata Ummi.  Uwais hanya ambil sekeping sahaja kerepek pada satu masa.  Keluar sahaja Ayah dari bilik air, ayah menyertai Ummi dan Uwais.  Tidak Ummi ceritakan pada Ayah perihal bebelan Ummi terhadap sikap Uwais.

Sekali Ayah pula yang mengambil segenggam kerepek untuk diletakkan di atas tangan supaya mudah untuk makan.  Melihat saja Ayah bersikap begitu, Uwais mengambil keseluruhan kerepek yang berada dalam genggaman Ayah, dan meletakkan kembali ke dalam plastik.   Ayah sengaja mengulangi perbuatan itu buat kali kedua, dan Uwais tetap mengambilnya kembali.  Justeru, Ummi ceritakan pada Ayah, perihal bebelan Ummi padanya.

Malu Ummi Ayah pada kamu.  Sesungguhnya jiwa seorang anak kecil lebih besar.  Kamu lah murabbi kecil Ummi & Ayah.

p/s: Peristiwa yang Ummi Ayah tidak akan sekali lupakan dalam hidup kami.




May 3, 2012

Uwais al-Qarni @ 19 bulan

Assalamualaikum Uwais al-Qarni yang Ummi kasihi,

Entri kali ini Ummi tulis khusus buat anak kedua Ummi ini.  Semoga Uwais soleh selalu.

Uwais sekarang sudah semakin besar, 1 tahun 7 bulan umurnya.  Masih BF dengan Ummi, bab itu agak payah untuk wean off dan Ummi tak rasa keperluannya untuk itu kerana sewaktu baby lahir nanti, Uwais masih belum cukup 2 tahun.  Adakalanya, Ummi hampir putus asa dan penat juga, tapi Ayah kata Uwais masih ada hak dia. Betul juga kata Ayah.  Lagipun adik baby dalam perut Ummi ini membesar dengan jayanya dan Ummi pula tiada masalah kesihatan, alhamdulillah.  Moga Allah beri Ummi kekuatan dalam menunaikan hak Uwais sehingga umurnya 2 tahun ya.

Pengalaman  yang amat berharga dapat BF Uwais dengan kandungan yang berusia 27 minggu ini.  Bila Uwais BF, baby kick along dia.  Automatik Uwais berhenti sekejap pandang Ummi.  Uwais ingat, Ummi yang usik dia.  Bila baby tak berhenti kick Uwais, Uwais pun usap perut Ummi.   Sejuk je rasa bila jari jemari halus Uwais usap perut Ummi dan baby pula terus tenang je.

Uwais sekarang suka pandai tunjuk ke atas sambil sebut `stars` dan `u`.  `U` tu aeroplane.  Waktu naik kereta, kalau dia nampak aeroplane, dia akan sebut `U`.  Semakin berdikari anak Ummi, bila Ummi tak larat dia pandai layan diri.  Ambil  biskut dan minum air sendiri.  Bila dah BO, berdiri depan pintu tandas.  Bila nak ajak mandi pun sangat senang, dia bawa tuala sendiri.  Ummi dah nak potty training Uwais, tapi tunggu pindah rumah baru dulu ye.

Kadang-kadang Uwais tak lepas juga dari ragam orang nak beradik.  hehe. ^__^


May 2, 2012

5th ANC: 3rd Little Mujahid @ 24W

Assalamualaikum buat anak-anak Ummi yang Ummi Ayah kasihi selalu,

Alhamdulillah, sekian lama tidak menulis kerana kesibukan rutin seharian dan berpindah rumah serta beberapa musibah yang menimpa.  Moga Allah redha dan berkati kehidupan kita ye anak-anak.  Oh, tentang itu, kita cerita kemudian lah ye.  Ummi ingin mencatatkan sedikit tentang 3rd little mujahidah (maybe, ameen..please pray for us ya).

Check-up hari itu, pastilah Ummi Ayah mengharapkan agar dapat pengesahan tentang gender adik dalam kandungan Ummi ini, tapi masih tiada rezeki lagi nampaknya.   Bukan tak nampak langsung, tapi tak nampak `bird`. Pengalamannya, jika boy memang lebih mudah nampak. Waktu scan, position adik tu tak kena. Dr Khairiah tak dapat `angle` yang baik untuk betul-betul confirm gender adik sebab adik tak nak show off.  Jadi pending lagi lah ye. huhu.  Kesimpulan scan yang lalu, Dr Khairiah kata, kalau susah nampak ni `high possibility` baby girl.  Terus sejuk perut ibu mengandung mendengarnya.  Ummi pun cakap pada Dr Khairiah, yang Ummi pun rasa girl.  Adik ni suka buat surprise lah.  Abang-abang dulu, 20 minggu dah show off tau.  Jelas lagi.

Hari itu, Ummi Ayah dan Along Uwais dapat tengok muka adik dengan jelas.  Erm, sudah makin tembam.  Muka sama template dengan Abang `Ukasyah dan Along Uwais dia.   Berat pun sudah 650gm.  Ummi pun menunjukkan kemajuan dalam pertambahan berat badan. hehe.

Alhamdulillah, perjalanan mengandungkan adik kali ini sangat lancar berbanding pengalaman Ummi yang terdahulu.  Kurang manja kali ini.  Alahan pun tiada.  Cuma cepat penat sahaja.  Itu perkara biasa bukan.

Sampai sini sahaja dulu entri kali ini.  InsyaAllah, bila Ummi rajin, Ummi berceloteh lagi di sini ya.

`Big Baby` Ummi dan Ayah