Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 25, 2010

“Little Mujahid Junior” Sudah Besar Rupanya…


Salam sayang buat anak-anak ummi yang tercinta…Juga buat ayah yang sedang bergembira dengan perkembangan terbaru “Little Mujahid Junior”…

Semalam, ummi menghadiri temujanji bersama doktor di klinik UIA tanpa ditemani oleh ayah…Ayah perlu menghadiri kelas…Seperti biasa, setiap kali temujanji, Dr. akan buat ultrasound terhadap “Little Mujahid Junior” bagi memastikan umurnya secara tepat dan menjangkakan tarikh kelahirannya…

Berat yang ummi timbang di rumah, statik sahaja…Tetapi, tatkala ummi timbang berat badan di klinik, rupa-rupanya ummi mengalami penurunan berat badan sebanyak 2 kilogram…Dr. tidak memarahi ummi, tetapi beri amaran juga…huhu…Tiada selera hendak makan…Lepas ini ummi berazam hendak makan banyak sedikit dan secara seimbang…Urine test, ok…Tekanan darah ummi 120/70…

Setelah di `scan`, Dr. mengesahkan bahwa umur “Little Mujahid Junior” di dalam kandungan ummi, lebih lama dari yang Dr. sahkan sebelum ini…Maksudnya, dia sudah besar sebenarnya…Perbezaannya adalah dua minggu…Jadi, `expected due date` (tarikh jangkaan bersalin) juga telah diperbaharui iaitu pada 2/9/2010…Atau menurut Dr. mungkin lebih awal lagi dari tarikh jangkaan…

Sewaktu diperiksa Dr., “Little Mujahid Junior” membuat pelbagai aksi akrobatik…Padahal, ayah sudah berpesan padanya supaya `behave` sewaktu sedang diperiksa Dr…Teringat ummi pada abang `Ukasyah yang tidak boleh duduk diam sewaktu pertama kali di `scan Dr…Sehingga membuatkan Dr. itu pening kepala hendak mencari degupan jantungnya dan Dr. tersebut hampir saja berputus asa…Ada persamaan anak-anak ummi ini rupanya… Dr. juga mengatakan bahwa “Little Mujahid Junior” aktif macam ummi…Ayah cemburu bila ummi ceritakan padanya…hehe…Anak ummi kan…Ummi juga nampak jantungnya yang berdegup itu…Ayah pula tidak habis-habis melihat gambar “Little Mujahid Junior” yang Dr. print untuk ummi…Seakan-akan tidak sabar menunggu kelahirannya….Sabar ye ayah….Kalau akhir bulan 8 atau awal bulan 9, memang tidak lama sangat kita menanti….Sempatlah ummi habis pantang sebelum majlis konvokesyen kita nanti…

Alhamdulillah, ummi dan “Little Mujahid Junior” sihat…Doakan agar kesihatan kami sentiasa baik ye…Terima kasih kepada pembaca-pembaca blog ummi ayah yang sangat setia dan sentiasa memberikan semangat serta sokongan yang tidak berbelah-bahagi….Doa kalian sangat berharga buat kami suami isteri dan anak-anak….

February 24, 2010

Little Mujahid Junior (3 bulan)


kredit to Google

Salam sayang buat anak-anak ummi dan ayah yang ummi sayangi dan ingati selalu..Semoga Allah tetapkan hati-hati kita di atas jalan yang satu ini…

Ummi ingin menitipkan perkembangan “little mujahid junior” di blog ini…Baru ummi perasaan bahawa ummi jarang sekali merekodkan perkembangan ummi sewaktu mengandungkan “little mujahid junior” …Bukan ummi tidak sayang, cuma terlalu sibuk dengan tuntutan program dan pelajaran…

Keadaan ummi sekarang sama seperti sewaktu mengandungkan `Ukasyah…Mabuk sangat…Tidak ada selera untuk makan, terutamanya nasi…Jikalau diberi pilihan, hanya ingin makan makanan yang di bakar, dikukus dan tidak berminyak serta bersantan..Berat badan ummi memang sudah statik sahaja…Tidak bertambah langsung…Setiap kali mengandung, memang begitu….Alhamdulillah, buat check-up di UIA…Doktor tenang sahaja…Lagipun, ummi memang muntah-muntah…Kalau di klinik kesihatan, sudah lama ummi kena bebel dan marah…Oh, ada pengalaman pahit di situ, jadi tidak sanggup lagi…

Perut ummi seperti sudah sedikit besar…Berbeza sewaktu mengandungkan `Ukasyah kerana ini kali kedua…Sudah tidak boleh meniarap lagi ketika membaca buku kerana seperti ada belon yang bergerak-gerak ke kiri kanan…Sekali itu, ummi tidak ingat ummi sedang mengandung, terus meniarap…Oh senaknya sampai sesak nafas…

Mengandungkan “little mujahid junior” sangat mencabar emosi ummi serta ayah…Kerana ummi sangat sensitif…Boleh dikatakan sensitif yang melampau…Mungkin kerana kali ini ummi rasa kehilangan dan merasai kegembiraan dengan kehadiran “little mujahid junior”…Jadi perasaan itu bercampur baur…Ummi tidak suka berjumpa orang…Dulu juga begitu…Kadang-kadang malas hendak bercakap dan lebih suka menyendiri…Selalu juga menangis tanpa sebab…Terutamanya bila terkenangkan `Ukasyah…Seperti baru semalam ummi mengandungkan `Ukasyah…Walaubagaimanapun, ummi cuba untuk menangani masalah emosi yang mudah terusik ini..Ayah banyak membantu ummi…

Semalam, ummi berpeluang ber`chatting` di alam maya dengan sahabat baik ummi khairunnisa yang sedang belajar perubatan di India…Terkeluar topic tentang `Ukasyah…Maaf, dalam bahasa inggeris kerana kami berdua lebih selesa begitu sedari waktu di sekolah menengah lagi:

Nisa: smalam just browsing ur sis balqis pic..

Me: oic…why???

Nisa: I saw almarhum little mujahid (`Ukasyah)..really missed him.. he looks like u a lot..

Terbit kembali rasa rindu pada mujahid kecil ini…Sememangnya beliau banyak menyamai rupa paras ummi berbanding ayah…Sifat-sifatnya juga banyak persamaan dengan ummi…InsyaAllah, semoga “little mujahid junior” juga begitu…Dapatlah mengubat kerinduan ummi ayah pada abang `Ukasyah…Petang ini ada temujanji dengan doktor di klinik UIA…Doakan agar ummi dan “little mujahid junior” sihat ye…Jazakumullah di atas doa kalian semua…

February 19, 2010

‘Ukasyah Takut, Ummi

Salam sayang buat Lil Mujahid Jr. yang berada di dalam kandungan ummi,

Kadang-kadang sedih jua hati ini teringatkan ‘Ukasyah yang sangat ayah kasihi. Anak sulung kami dan anak yang kami nanti-nantikan selama ini. ‘Ukasyah yang menjadi penyejuk mata ayah dalam kehidupan dunia yang sementara ini. Rindunya pada anak yang soleh ini mampu membuatkan air mata sesekali mengalir. Hanya Allah yang tahu perasaan ayah ketika itu.

Tapi…

Alhamdulillah, ayah masih sedar akan tanggungjawab ayah di dunia ini. Walaupun ayah mencintai anak-anak ayah lebih dari diri ayah sendiri, tapi cinta Allah jualah yang paling agung dan paling utama. Segala yang Allah tetapkan, itulah yang terbaik buat diri ayah dan ummi. Tiadalah pemergian ‘Ukasyah melemahkan semangat ayah untuk terus berusaha menggapai redha Illahi ataupun meratapi perginya mujahid ayah ini, tapi insyaAllah menguatkan ayah dan ummi di jalan ini.

Dan rindu terubat jua dengan kehadiran ‘Ukasayah tersayang dalam mimpi ayah dan ummi yang kelihatan gembira di alam sana. Ayah mimpikan ‘Ukasyah tersenyum dan bergembira di sana. Walaupun abang lil mujahid jr telah pergi meninggalkan ummi ayah di dunia, tetapi ayah yakin dia hidup di alam sana dan berbahagia di sisi Allah yang Agung.

Ummi juga bermimpikan ‘Ukasyah beberapa kali dan yang paling terkesan adalah mimpi yang baru ummi alami beberapa malam yang lepas. Semoga mimpi ini menjadi penguat dan pendorong untuk ummi ayah menjalani kehidupan dengan penuh taat pada Allah yang menjadikan alam ini.

Malam yang Allah takdirkan ‘Ukasyah bertemu ummi di alam mimpi merupakan malam yang menyenangkan hati walaupun ayah tidak mengalaminya. Ummi bermimpi abang lil mujadih jr sudah remaja sama seperti keadaan ahli syurga yang remaja. Wajah ‘Ukasyah mirip seperti adik ummi, paksu yang sedang meningkat dewasa. Pertemuan yang mengubat kerinduan ummi pada mujahid kecil ummi ayah.

‘Ukasyah yang segak dan lebih tinggi daripada ummi datang kepada ummi. Tanpa bicara, anak sulung kami memeluk ummi dengan sepenuh hati. Pelukan hangat yang sangat mendamaikan hati antara ibu dan anak walaupun hanya di alam mimpi. Dan pelukan yang berlangsung dalam waktu yang sangat lama, melepaskan kerinduan ibu yang sentiasa mengingati anaknya yang soleh.

“Walaupun ‘Ukasyah ahli syurga, tapi ‘Ukasyah takut sangat tengok orang kena seksa dalam kubur ni Ummi”, bicara ‘Ukasyah pada ummi.

MasyaAllah. Inilah susunan Allah buat peringatan ummi dan ayah.

Ucapan yang pendek tetapi penuh dengan makna yang mendalam. Hanya itu sahaja ucap ‘Ukasyah pada ummi dalam mimpi ini. Tiada bertanya khabar ataupun ucapan kerinduian. Mimpi yang Allah hadirkan untuk memberi peringatan buat ummi ayah. Dan meyakini akan jani-janji Allah yang pasti terjadi.

Dahsyat sungguh azab kubur yang kita sendiri tidak mampu untuk menghadapinya. Sedangkan seorang ahli syurga yang hanya melihat azabnya sahaja sudah takut untuk melihatnya, apatah lagi orang-orang yang mengalami azab kubur yang tidak terperi sakitnya. Seperti yang telah dinyatakan Allah dan Rasul di dalam kitab-Nya.

Ya Allah teguhkanlah kami di jalan yang Engkau telah tetapkan buat kami.

InsyaAllah ‘Ukasyah ummi ayah dan adikmu merindukan saat bertemu denganmu di akhirat kelak. Tetapi semuanya hanya dengan izin Allah jua. Barangsiapa yang berbuat kebajikan walaupun seberat zarah, maka Allah akan memberinya ganjaran dan barangsiapa yang berbuat kejahatan walaupun seberat zarah, maka Allah tetap akan memberikan balasan yang setimpal dengannya.


Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannam, dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan dari fitnah dajjal


~Abu `Ukasyah~

February 17, 2010

Berita Terkini...


Assalamualaikum,

Sudah lama rasanya tidak meninggalkan jejak di blog anak-anak ummi ini…Banyak sebenarnya yang hendak ummi coretkan di sini, tetapi masih menanti pendapat dan cadangan dari ayah…Ada yang bertanyakan ummi tentang tindakan ummi terhadap nursery…Terima kasih kepada pembaca-pembaca yang sangat prihatin terhadap kami…Ummi ayah mungkin tidak pernah menyatakan di blog ini tentang pendirian kami terhadap kes yang berlaku pada Ukasyah…Jadi sebenarnya ramai yang tertanya-tanya adakah kami berdiam diri atau telah berbuat sesuatu….Kebanyakannya menyangkakan bahwa kami tidak mengambil apa-apa tindakan…Bukan salah kalian, tapi kami yang tidak mahu bercerita di blog ini…

Apa yang boleh ummi katakan, sememangnya ummi dan ayah sendiri akan ambil tindakan pada pihak nursery…Dalam bentuk apa??? Ummi tidak akan menyaman mahupun menuntut apa-apa ganti rugi dari pihak mereka...Ummi akan ambil tindakan yang akan memberi pengajaran pada taska…Pengajaran supaya kecuaian ini tidak berlaku kepada anak-anak yang lain…Ummi memang tidak mahu ibu bapa lain merasai kepahitan dan keperitan kehilangan permata hati tercinta…Itu memang pasti…Pastinya juga bukan kerana ummi ingin membalas dendam pada mereka, mahupun menuntut kembali hak Ukasyah…Ummi redha Ukasyah pergi…Seperti yang ummi katakan pada pengasuh tersebut, caranya itu yang membuatkan ummi gusar tentang keselamatan anak-anak yang lain…Setakat yang ummi boleh ceritakan, aduan telah di buat kepada JKM…Di sini ummi mengharapkan agar kalian semua mendoakan yang terbaik…InsyaAllah, ummi ayah tidak akan biarkan bayi-bayi di taska tersebut mahupun di taska lain berada dalam keadaan bahaya…

Teringat ummi pada memori yang lalu di mana ummi selalu sedih dan menangis bila hantar Ukasyah ke taska…Ayah selalu katakan pada ummi bahawa, di mana pun Ukasyah, sebenarnya Ukasyah sentiasa dalam pemeliharaan Allah… Hatta apabila beliau bersama kita…Anak ini adalah hak Allah yang dipinjamkan kepada kita….Pabila kita harus memulangkannya kembali, kita harus redha, tabah dan sabar……Jadi, seharusnya kita melakukan yang terbaik buat anak-anak…Setelah berusaha dan berikhtiar, haruslah kita bertawakal pada Allah…Sesungguhnya apabila kita diuji, kita akan lebih berlapang dada ….

February 6, 2010

Di manakah Ummi???




Salam sayang buat kedua-dua mujahid kecil ummi ayah…Juga buat ayah tercinta yang bersama-sama berada di jalan ini…Allah pinjamkan kalian untuk membahagiakan ummi…Alhamdulillah, syukur tidak terhingga…

Pernah suatu ketika, ummi, ayah, aki, opah, pak long dan pak cu menghadiri suatu majlis bersama para ulama` palestin…Sungguh bersyukur kerna kami sekeluarga berpeluang bertemu dengan para mujahid yang sangat hebat…Hebatnya mereka dalam segala segi…Kerdil sungguh diri ini…Menginsafi diri…

Pernah seorang teman bertanyakan kepada ummi ayah, “Dulu, little mujahid…Kini, little mujahid junior ….Selepas ini, apa pula? “…Kami hanya menjawab secara berseloroh sahaja memandangkan teman ini memang periang orangnya…Sebenarnya, inilah gelaran yang ummi ayah berikan untuk setiap anak-anak kecil ini agar semangat jihad mekar di dalam jiwa mereka…Agar syahid menjadi cita-cita mereka…Semoga anak-anak ummi ayah terus berjihad di jalan ini…

Mengimbas kembali…Ummi bertuah kerana di tarbiyyah sedari alam rahim lagi…Jalan buat ummi sudah tersedia, ummi hanya membuat pilihan sahaja…Sejujurnya, opah aki memang tidak pernah memberi pilihan buat anak-anaknya tentang jalan yang satu ini …Tetapi, ummi tetap pilih jalan ini…Begitu juga adik-beradik kami…Ayah juga pilih jalan yang sama dengan ummi…Anak-anak ummi lebih bertuah sebenarnya…Kalian punya keluarga besar yang begini…Suasana yang soleh, tersedia buat anak-anak ummi…Juga buat anak-anak susuan ummi…

Berbalik kepada cerita daripada sheikh dari Palestin tadi, beliau sendiri telah menceritakan beberapa kisah ummu syuhada` (ibu kepada mereka yang mati syahid)…Ramai ibu-ibu menitiskan air mata…Membayangkan betapa mereka kagum dengan muslimah sehebat ummu syuhada`…Sungguh, ummi yang paling sedih sekali…Ummi yang paling baru kehilangan `little mujahid`…Tapi mata hanya berkaca…Dada bagai hendak pecah tidak terkata…Kuat sungguh rasa hati ini mendengar kisah-kisah begini…Betapa mereka sangat bercita-cita untuk punya anak yang syahid di jalan Allah…Betapa mereka meredhai kesyahidan para syuhada` tersebut…Hatta, mereka bergembira dengan kesyahidan zuriat mereka…

Dimanakah ummi??? Siapalah ummi jika hendak dibandingkan dengan para ummu syuhada` tersebut…Diri ini sungguh kerdil…Jiwa ini sungguh lemah…Iman ini sungguh nipis…Air mata ini selalu membasahi pipi…

Kini, sungguh redha hati ini (definitely) dengan pemergian `Ukasyah…Bersyukur ummi, Allah pilih ummi untuk diuji…Jikalau ummi tidak sekuat para ummu syuhada`, masakan ummi mampu melahirkan para mujahid…Jikalau ummi tidak punya iman yang teguh, kefahaman yang jelas, hati yang tidak tegar, masakan ummi mampu melahirkan zuriat sesoleh Nizar Rayyan, Syeikh Ahmad Yassin dan seangkatannya dengannya…

Bak kata ulama` palestin tersebut, untuk melahirkan anak-anak yang begini, seharusnya bermula dari rumah…Bermula dari diri ibu bapa itu sendiri…Televisyen, internet serta hiburan yang lain-lain bukan menjadi santapan dan rutin harian…Malah, ajarkan mereka kalimah syahadah seawal mereka mula pandai bercakap…Ajarkan anak-anak menghafaz Al-Quran…Institusi kekeluargaan itu sendiri menentukan halatuju masyarakat, komuniti dan negara…Ianya bermula dari RUMAH…

Ummi bersyukur kerana ummi ada `role model` yang terdekat…Kami adik-beradik sememangnya kurang terdedah dengan media dan hiburan sedari kecil lagi…Kami semua tidak meminati televisyen…Apatahlagi berebut untuk menonton cerita kartun…Memang tiada dalam kamus hidup kami…Tiada dalam jadual hidup kami…Ummi abah sangat mendisiplinkan kami…Kami banyak habiskan masa bersama-sama ummi abah dan adik-beradik…Ingat lagi, ketika masih kecil, ummi abah layan kami seperti orang dewasa…Kami bersembang seperti sudah terlalu dewasa…Ummi abah juga mendengar pendapat kami walaupun kami masih kecil…Ukhuwwah antara kami memang kuat lagi utuh…Setiap dari kami punya peranan tersendiri…Masing-masing dididik dengan tanggungjawab menguruskan rumah tangga…Along seperti bapa…Angah (sayalah orangnya) seperti ibu… Adik-adik belajar patuh, hormat dan taat pada yang lebih tua…Bukan mahu meninggi diri, tetapi sungguh sangat bahagia…Sebahagia mana yang saya rasai, begitulah jua yang saya harapkan buat zuriat-zuriat saya nanti…Begitulah jua, saya dan abang berusaha mewujudkan suasana yang soleh untuk `Ukasyah dulu…Juga untuk anak-anak yang lain…

Ummi ayah tidak pernah risaukan tentang perkara lain setiap kali ummi pregnant….Tetapi, kami selalu risaukan tentang tarbiyyah anak-anak…Inilah paling penting buat kami…Sering mengatur pelbagai strategi…Persediaan sangat rapi tentang bab ini…Sentiasa berdoa pada Allah agar member petunjuk….Harus jangan tersasar…Melahirkan mujahid-mujahid cita-cita kami…Harus ada pendirian yang tersendiri…WAJIB…Anak-anak adalah harta yang berharga…Amanah buat kita…Semoga Allah pelihara baitul muslim yang dibina ini…Amin…Alhamdulillah…